Thursday, July 7, 2022

Kerajaan zalim

 

Kerajaan zalim.

Itulah yang dapat saya simpulkan daripada pemerhatian dalam masa lebih kurang setahun ini. khususnya kerajaan beberapa negeri dalam melestarikan alam sekitar dan menjaga kebajikan rakyat.

Pertama sekali kerajaan Pahang kerana membiarkan hutan dan alam semulajadi sewenang2nya ditarah untuk projek melombong.dan pembalakan di Tasik Chini. Kerajaan negeri tanpa segan silu meluluskan projek tersebut kerana ia berkait dengan pemilik projek tersebut iaitu kerabat Pahang. Pembalakan dan perlombongan yang berlaku telah merosakkan flora dan fauna serta memusnahkan habitat pelbagai unggas, serangga dan hidupan liar. Bagi penduduk kampong orang asli yang berdekatan, hilang sudah hutan tempat pencarian makan mereka. Hinggakan air tasik Chini dicemari dan ikan2 jelawat dan lain2 semakin berkurangan, impak daripada projek tersebut. Akhirnya bulan Disember lepas projek ini dihentikan setelah ditegur oleh Pemangku Raja Pahang. Ironinya kerabat dia juga yang memiliki syarikat yang mengendalikan projek ini sebenarnya. Kawasan yang ditarah dan digondolkan adalah seluas 60 padang bola. Sekarang mereka menanam semula pokok di kawasan tersebut tetapi ikut logik akal ia akan mengambil masa seratus tahun untuk kembali seperti sebelumnya. Ada mereka (read: kerabat raja) kisah akan kesan buruknya?



Kerajaan negeri Kedah juga tak kurang zalimnya. Disebabkan tamak haloba, kerajaan negeri meluluskan projek penanaman durian secara besar2an di Gunung Inas. Penduduk berhampiran telah melakukan bantahan sebelum ini tetapi hanya sekadar anjing menyalak bukit. Pada kerajaan, pelabur projek jauh lebih penting daripada rakyat jelata dan flora fauna dan hidupan liar. Maka kawasan seluas 1200 hektar telah diluluskan untuk projek musang king. Luas sekitar 2500 padang bola. Walaupun mengikut MB Kedah projek ini diarahkan berhenti tahun lepas tetapi hutan telah digondolkan terlebih dahulu dan durian juga telah ditanam. Maka apabila hujan lebat yang berlaku beberapa hari lepas di kawasan tersebut, hutan yang telah gondol tidak dapat menampung dan menyerap air hujan yang berlebihan dan kesannya banjir lumpur beserta longgokan kayu dan sampah telah memusnahkan berpuluh rumah dan beberapa nyawa terkorban di kampong berdekatan. Adakah MB Kedah kisah? Ini semua faktor alam semulajadi katanya. Tiada satu pun salah pihak pemaju dan kerajaan. Kerajaan hanya tahu memberi bantuan wang ringgit, seolah2 wang tersebut boleh menyelesaikan segala masalah. Bebal yang tak boleh nak ngajo dah, bak kata orang Perak.





Di Melaka, projek menambak laut yang mengakibatkan beribu2 nelayan tepi pantai terkesan serta hidupan laut, flora dan fauna juga rosak tetap dijalankan. Walaupun baru2 ini telah ditemui artifak sejarah yang berkemungkinan daripada zaman kegemilangan Melaka dahulu, kerajaan negeri tetap juga meneruskan projek ini. Projek penambakan ini juga telah secara tidak langsung menyebabkan banjir kilat berlaku di Melaka. Apalah sangat hendak dibandingkan nasib rakyat yang terkesan dan kemusnahan alam sekitar dengan keuntungan berjuta2 atau berbillion yang akan dijana nanti?

Johor juga ingin menambak laut di pesisiran pantai Muar untuk membina tiga pulau buatan. Ia akan mempunyai keluasan 1200 hektar, suku saiz Putrajaya atau pun 2500 padang bola. Persoalan yang timbul, bagaimana nasib nelayan2 di situ? Bagaimana juga dengan hidupan liar dan hidupan laut serta flora dan fauna yang lain? Dan tidak kurang pentingnya mana nak diambil pasir untuk menambak dan membina pulau2 tersebut? Hampir semua projek yang menelan belanja beratus juta ringgit atau berbillion ringgit melibatkan kepentingan Sultan Johor. Daripada Forest City kepada Mados yang mengendalikan ladang sawit dan lain2, semuanya adalah berkait dengan kepentingan Sultan. Seolah2 Sultan ingin memiliki semua perniagaan dan keuntungan yang ada. Tetapi MP Tebrau mengatakan mana2 Raja atau Sultan tidak boleh terlibat secara langsung dalam apa2 perniagaan kerana sudah pasti akan berlaku kurang ketelusan dan ketidakadilan.

Di Perak juga kerajaan negeri bercadang untuk menggondolkan hutan di daerah Hulu Perak untuk aktiviti perlombongan. MB Perak banyak berdolak dalik dalam hal ini dengan mengatakan projek belum dijalankan kerana belum mendapat kelulusan daripada pihak yang berkenaan tetapi SAM @ Sahabat Alam Malaysia mengatakan melalui Goggle Map mereka dapat lihat kolam2 takungan telah siap dibina. Jadi, siapakah yang berkata benar dalam hal ini? Begitu juga dengan projek lapangan terbang di Seri Iskandar yang dibatalkan kerana tanah tersebut telah dijual. Hingga hari ini pihak MB maupun SPRM berdiam diri tanpa memaklumkan kepada umum kerajaan manakah @ MB manakah yang meluluskan penjualan tanah tersebut. Seolah2 ada sesuatu yang ingin disembunyikan.

Kesimpulannya hampir semua kerajaan negeri dan Raja maupun Sultan tidak memayung rakyat. Mereka lebih pedulikan keuntungan yang akan dikaut, dijana, dan hidup senang lenang selama tujuh keturunan. Nasib rakyat jelata? Pandai2 la nak hidup. kesan terhadap alam sekitar? apadehal sebab kitorang dok dalam istana, beb, tidakpun, kitorang boleh pergi dok kat luar negara, mana nak tau masalah ni semua.

kannnnnnnn!

buta kayu -

 

 

Sunday, July 3, 2022

hanya ada kita

dan kita bangun pada mimpi-mimpi lagi

siang bernyanyi pada sang burung

malam berbicara sama sang awan

lupakan segala yang menyakitkan

lena seketika dalam pelukan 

cinta yang menyelimuti

 

dan kita bertemu lagi

di tempat yang tiada bertempat

di tika yang tiada bermasa

di ruang tanpa lingkungan

 

melakar kasih sejati

bercumbu di alam abadi

hanya ada kita

cuma tinggal kita

 

nkc

Wednesday, June 1, 2022

kebangangan apakah ini

 Bangang no 1:

Istana Negara kat Jalan Duta kos selenggara bernilai RM519,000,000. mak aiii, punya la mahal giler gua cakap lu.. agak2 duit banyak tu berapa banyak hospital boleh buat? sekolah ke? jalanraya berlubang pun JKR tak boleh nak turap, ni bagi projek pada kaum sampai setengah billion apa kejadahnya?  Doktor2 kat hospital tak cukup sebab kerajaan tak cukup duit nak bayo gaji tapi perabih duit maintain istana yang takde orang duduk, tak pe pulak ekkk. jenuh orang sakit nunggu giliran nak jumpa doktor sebab nisbah doktor n pesakit kat malaysia ni tinggi bebeno, sorang doktor 450 pesakit..

sekolah gua punya dewan dekat sepuluh tahun tak siap2, (sebab kontrektor asal @ orang melayu dh makan duit) tolong la bagi sikit duit tu, bukan banyak mana pun, dalam seratus dua ratus ribu je nk bagi siapnya

agak2 Agung tau tak ni kos punya la mahal nak mampus maintain istana yang dia jarang2 singgah? pastu kalau dia tau, idak ke dia rasa bersalah? ye la, orang kampung kt pahang yang rumah diorang musnah kena timpa balak hanyut dan banjir dulu pun tak habis lagi diberi pertolongan rasanya

JKR khabo kos lebih setengah billion tu kos untuk selenggara tujuh tahun, maknanya setahun RM74 juta jee.. apa la mahal bebenonya maintain setara tuuu? adoyai

kos bina istana ni je RM810 juta ++. sendiri mau ingat laa. tah apa yang dimegahkan sangat pun gua tak faham, sedangkan duit tu macam2 boleh tolong rakyat. sabo sabo..

Bangang no2:

Blue Lake atau Black Lake, yang terletak di Bandar Mahkota Cheras, yang pada satu ketika dulu menjadi tumpuan untuk orang berkelah atau beriadah, kini dicemari dengan sampah tahap tak leh nak bawak bincang dah

satu ketika dulu





 pagi semalam

Tahap sampah yang memenuhi tasik tersebut memang tak masuk akal, kecuali memang ada hanky panky dengan pihak penguatkuasa. kalau tak, takkan la tak semena2 penuh sampah dalam sekejap masa je? seolah2 pihak berkuasa tak pantau atau buat2 tak nampak. bila penduduk sekitar dh bising n viralkan, baru la pihak berkuasa tempatan nak bertindak. masalahnya nak amik tindakan terhadap siapa? takkan la pihak yang buang sampah setara tu punya banyak tak pernah dapat dikesan sebelum ini? Kalau kita cakap diorang makan rasuah, mau melenting, tapi maaf cakap la, semua pihak berkuasa dan berwajib kat Malaysia ni memang tak leh pakai dh, baik sprm, polis, peguam negara, kerabat, ahli politik, ketua jabatan kerajaan, hampir semuanya memenuhkan tembolok dengan hasil haram je, nak kayakan diri sendiri je, apa peduli orang cakap sebab orang kebanyakan ni bukan ada kuasa pun, standard anjing menyalak bukit jee..

Bangang no 3:

Ahad lepas gua balik kebun, kat jalan utama sitiawan - teluk intan, tiba2 dari arah depan datang outrider polis suruh ke tepi n berhenti. bukan gua je tapi ada la drebar lain jugak. gua pun usha la kt depan tu nengok banyaknya motor outrider polis ni, dan motor2 besar. lama beno tunggu gua pun kluar dari ranger gua pegi la kt sorang mamat outrider ni n bagi salam. gua pun tanya la apa cite ni. polis tu khabo ada geng konvoi dato' n dato' sri dan kaum2 diorang sedang isi minyak kt depan sana tu, jadi jalan tutup kejap sementara tunggu diorang siap isi minyak tu. mak ai, deme isi minyak, kita yang tak terbabit pun kena tunggu tepi jalan? berapa punya bangang daa! berapa ramai, gua tanya polis tu lagi. dia khabo ada la lebih kurang 150 biji motor geng konvoi tu, tak termasuk outrider polis je tak kurang 15 biji, dan kereta peronda n balaci2 yang follow. habis sebatang rokok jugak la gua tunggu, baru la diorang tu bergerak, dengan suruh kitorang ke tepi n bagi diorang jalan. punya la kuang ajo gua cakap lu. lu orang bayo roadtax, kitorang bayo roadtax jugak. apasal pulak ada dua darjat? idak ke nyusahkan orang je puak2 konvoi ni? suruh orang lain ke tepi la, orang nak potong diorang pun tak boleh walhal diorang bawak santai je n berderet2 n berkilometer panjangnya. memang nyusahkan orang la puak2 bengong ni. patut konvoi diharamkan terus dari jalanraya kecuali la kalau ada perayaan hari kebangsaan ke. itupun patut limitkan je jumlah peserta. cuba2 la kenang orang lain jugak, jangan nak syok sendiri je, tapi tak sedar bergantang2 orang dok maki hamun tu..


udah la dulu cite tahap kebangangan orang Malaysia ni. dan pastinya yang ramai bengong ni melayu leee..

The world is full of assholes bcoz people let them get away wt it

Sunday, May 29, 2022

Nia's Rite of Passage

Sitting engrossed

Watching the movie

As my parents called for me

Reaching out to congratulate 

For i got accepted

into a prestigious school


To my astoundment

Two choices were given

If possible, I wouldnt even choose

As of that moment

staying felt like home

as i gave it thoughts

from sunrise to sunset

one decision concluded the night


 

I looked back at my memories

Of the one month with my ACS classmates

I wondered and wondered

'Will i have, as much fun?'

Seeing how happy my parents were

Under the mango tree

I breathed out my worries

And thought, 'It will be okay'

 

Waving byes

Exchanging feelings

The mood dropped

I shut close the car door

and tears freely 

Flowed down my face

 

It has been 2 years

And I, sometimes still wonder,

'Am I doing fine here?'

closing my eyes again

under the skies bright

i remind myself

'I'm having a great time here,'

followed by a smile


To days that are forthcoming

I seep hope little by little

That I improve

And reach my dreams

Like all kids would dream

Grabbing a shooting star

In the starry night skies.


And now i pray

That i never sway

From the dreams i aspire

From the wishes i desire

Confidently

Thoughtfully 

Gratefully 

So that I’ll be

A graceful, elegant n intelligent lady

One beautiful  day


Nia @ Mrsm Parit

 

Sunday, May 22, 2022

UPSI runnnn

 


individually was placed 8th

team was placed 6th

d squad got 3rd placing Alhamdulillah

*4 x 3km relay road run pskpp veteran


layan..

Wednesday, May 11, 2022

Tuesday, May 3, 2022

In Silence

 In Silence~


Not that i love u less

But d pain of not being able to love

Is insufferable 

And in silence i grief


~nkc~

1st eid 1443


 

Bali Accommodation