Kerajaan zalim.
Itulah yang dapat saya simpulkan daripada pemerhatian dalam
masa lebih kurang setahun ini. khususnya kerajaan beberapa negeri dalam
melestarikan alam sekitar dan menjaga kebajikan rakyat.
Pertama sekali kerajaan Pahang kerana membiarkan hutan dan alam semulajadi sewenang2nya ditarah untuk projek melombong.dan pembalakan di Tasik Chini. Kerajaan negeri tanpa segan silu meluluskan projek tersebut kerana ia berkait dengan pemilik projek tersebut iaitu kerabat Pahang. Pembalakan dan perlombongan yang berlaku telah merosakkan flora dan fauna serta memusnahkan habitat pelbagai unggas, serangga dan hidupan liar. Bagi penduduk kampong orang asli yang berdekatan, hilang sudah hutan tempat pencarian makan mereka. Hinggakan air tasik Chini dicemari dan ikan2 jelawat dan lain2 semakin berkurangan, impak daripada projek tersebut. Akhirnya bulan Disember lepas projek ini dihentikan setelah ditegur oleh Pemangku Raja Pahang. Ironinya kerabat dia juga yang memiliki syarikat yang mengendalikan projek ini sebenarnya. Kawasan yang ditarah dan digondolkan adalah seluas 60 padang bola. Sekarang mereka menanam semula pokok di kawasan tersebut tetapi ikut logik akal ia akan mengambil masa seratus tahun untuk kembali seperti sebelumnya. Ada mereka (read: kerabat raja) kisah akan kesan buruknya?
Kerajaan negeri Kedah juga tak kurang zalimnya. Disebabkan tamak
haloba, kerajaan negeri meluluskan projek penanaman durian secara besar2an di
Gunung Inas. Penduduk berhampiran telah melakukan bantahan sebelum ini tetapi
hanya sekadar anjing menyalak bukit. Pada kerajaan, pelabur projek jauh lebih
penting daripada rakyat jelata dan flora fauna dan hidupan liar. Maka kawasan
seluas 1200 hektar telah diluluskan untuk projek musang king. Luas sekitar 2500
padang bola. Walaupun mengikut MB Kedah projek ini diarahkan berhenti tahun
lepas tetapi hutan telah digondolkan terlebih dahulu dan durian juga telah
ditanam. Maka apabila hujan lebat yang berlaku beberapa hari lepas di kawasan
tersebut, hutan yang telah gondol tidak dapat menampung dan menyerap air hujan
yang berlebihan dan kesannya banjir lumpur beserta longgokan kayu dan sampah
telah memusnahkan berpuluh rumah dan beberapa nyawa terkorban di kampong berdekatan.
Adakah MB Kedah kisah? Ini semua faktor alam semulajadi katanya. Tiada satu pun
salah pihak pemaju dan kerajaan. Kerajaan hanya tahu memberi bantuan wang
ringgit, seolah2 wang tersebut boleh menyelesaikan segala masalah. Bebal yang
tak boleh nak ngajo dah, bak kata orang Perak.
Di Melaka, projek menambak laut yang mengakibatkan beribu2
nelayan tepi pantai terkesan serta hidupan laut, flora dan fauna juga rosak
tetap dijalankan. Walaupun baru2 ini telah ditemui artifak sejarah yang berkemungkinan
daripada zaman kegemilangan Melaka dahulu, kerajaan negeri tetap juga
meneruskan projek ini. Projek penambakan ini juga telah secara tidak langsung menyebabkan
banjir kilat berlaku di Melaka. Apalah sangat hendak dibandingkan nasib rakyat yang
terkesan dan kemusnahan alam sekitar dengan keuntungan berjuta2 atau berbillion
yang akan dijana nanti?
Johor juga ingin menambak laut di pesisiran pantai Muar
untuk membina tiga pulau buatan. Ia akan mempunyai keluasan 1200 hektar, suku
saiz Putrajaya atau pun 2500 padang bola. Persoalan yang timbul, bagaimana
nasib nelayan2 di situ? Bagaimana juga dengan hidupan liar dan hidupan laut
serta flora dan fauna yang lain? Dan tidak kurang pentingnya mana nak diambil
pasir untuk menambak dan membina pulau2 tersebut? Hampir semua projek yang
menelan belanja beratus juta ringgit atau berbillion ringgit melibatkan
kepentingan Sultan Johor. Daripada Forest City kepada Mados yang mengendalikan ladang
sawit dan lain2, semuanya adalah berkait dengan kepentingan Sultan. Seolah2
Sultan ingin memiliki semua perniagaan dan keuntungan yang ada. Tetapi MP
Tebrau mengatakan mana2 Raja atau Sultan tidak boleh terlibat secara langsung
dalam apa2 perniagaan kerana sudah pasti akan berlaku kurang ketelusan dan
ketidakadilan.
Di Perak juga kerajaan negeri bercadang untuk menggondolkan
hutan di daerah Hulu Perak untuk aktiviti perlombongan. MB Perak banyak
berdolak dalik dalam hal ini dengan mengatakan projek belum dijalankan kerana
belum mendapat kelulusan daripada pihak yang berkenaan tetapi SAM @ Sahabat
Alam Malaysia mengatakan melalui Goggle Map mereka dapat lihat kolam2 takungan
telah siap dibina. Jadi, siapakah yang berkata benar dalam hal ini? Begitu juga
dengan projek lapangan terbang di Seri Iskandar yang dibatalkan kerana tanah
tersebut telah dijual. Hingga hari ini pihak MB maupun SPRM berdiam diri tanpa
memaklumkan kepada umum kerajaan manakah @ MB manakah yang meluluskan penjualan
tanah tersebut. Seolah2 ada sesuatu yang ingin disembunyikan.
Kesimpulannya hampir semua kerajaan negeri dan Raja maupun Sultan tidak memayung rakyat. Mereka lebih pedulikan keuntungan yang akan dikaut, dijana, dan hidup senang lenang selama tujuh keturunan. Nasib rakyat jelata? Pandai2 la nak hidup. kesan terhadap alam sekitar? apadehal sebab kitorang dok dalam istana, beb, tidakpun, kitorang boleh pergi dok kat luar negara, mana nak tau masalah ni semua.
kannnnnnnn!
buta kayu -
No comments:
Post a Comment