Sunday, August 29, 2021

Telefon Tuhan

Masa tu tahun 1972. Gua darjah satu time tu, sekolah bukit bintang @ bbbs, kt jalan sungai jernih, PJ. All boys school gua cakap lu..



Oleh kerana sekolah ni kat bandar jugak la kiranya, maka pelajar datang daripada pelbagai latar belakang: baik dari segi sosio ekonomi n juga kaum nya. Member gua time sekolah ni ada yang budak melayu, cina, india, sikh, serani. Memang meriah la n tak pernah pun terlintas perasaan sebagai seorang yang racist. We were friends beyond our skin color and our race. Brotherhood gua cakap lu.

Oleh sebab itu jugak la, bila time kelas agama je, kitorang budak yang islam ni semua pergi ke bilik khas untuk belajar agama. Time tu ustaz Kamil yang ngajo. Boleh tahan ganas jugak ustaz ni. Ada sekali tu tah apahal tah, dia angin satu badan habis dilemparnya buku kitorang masuk dalam longkang semua. Tapi biasanya dia okey jee. Dia pakai songkok, talileher dan spec. memang muka ceren je..

Satu hari tu ustaz khabo kat kitorg, “sape nak cakap dengan tuhan boleh cal nombor ni, 24344.” Kitorang pun blk sekolah  terus cari telefon. Time tu mana ada kemudahan macam sekarang.

Gua dok kt beatbase polis. Kiranya quarters polis lah kt university garden tu. Kt balai situ ada telefon. Bila anggota yang bertugas tu pegi ke bilik air, kitorg pun cepat2 dial nombor yang ustaz bagi tu.

Harammmmm!! apa pun x dapat nya. Sabo je la. Jenuh cal tak dapat2..

Lama la jugak lepas2 tu baru gua tau apa cite di sebalik nombor tersebut. Adoyai..

Layan..



Sunday, August 22, 2021

Love hurts

 

Love hurts


I have loved

I have hurt

I’ve been loved

I’ve been hurt

 

When it’s love

Everything moves so gracefully

When it’s hurt

The pain feels excruciatingly 

 

Love carries you to dreamland

Hopes fill the soul

Transcends the mind

Joyfully

Heartily

 

Hurt plunges you into sorrow

Its root burrows deep

Into the heart core

Hideously

Silently                        

 

Love hurts

In the end

 

Love hurts

 

 

nkc lekiyor- 21st aug 2021

 

Tuesday, August 10, 2021

Masa Lalu

 Masa lalu

Adalah kenangan

Sering datang

Mengusik perasaan

 

Masa lalu

Adalah pengajaran

Teladan dan sempadan

Mengajar kehidupan

 

Masa lalu

Adalah pengalaman

Hidup yang panjang

Penuh pengharapan

Sarat kebahgiaan

Disulam kedukaan

 

Masa lalu

Penuh kerinduan

Kelak ia datang bertamu

sapalah ia dan biarkan

Ia berlalu

 

Guala! @ nkc



Monday, July 26, 2021

Saturday, June 26, 2021

untuk diri yang alpa

 *15 Zulkaedah 1442H*

*26 Jun 2021M*


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم


*Mati adalah tidur yang panjang...*

Rasulullah SAW bersabda:

النوم أخو الموت

Tidur itu saudara kepada mati.(Hadith Riwayat Al Bazzar, At Thabarani dan Al Baihaqi)

Ketibaannya suatu yang pasti dan semakin menghampiri.

Suburkanlah iman dalam hatimu, nescaya engkau tidak akan penat, lesu, jemu dan rasa terhina dalam perjuangan...

وَلَـٰكِنَّ اللَّـهَ حَبَّبَ إِلَيْكُمُ الْإِيمَانَ وَزَيَّنَهُ فِي قُلُوبِكُمْ وَكَرَّهَ إِلَيْكُمُ الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ أُولَـٰئِكَ هُمُ الرَّاشِدُونَ 

...tetapi Allah menjadikan kamu "cinta" kepada keimanan dan menjadikan keimanan itu indah di dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus,(Al Hujurat: 7)

وَلَا تَهِنُوا فِي ابْتِغَاءِ الْقَوْمِ إِن تَكُونُوا تَأْلَمُونَ فَإِنَّهُمْ يَأْلَمُونَ كَمَا تَأْلَمُونَ وَتَرْجُونَ مِنَ اللَّـهِ مَا لَا يَرْجُونَ وَكَانَ اللَّـهُ عَلِيمًا حَكِيمًا 

Janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuhmu). Jika kamu menderita kesakitan, maka sesungguhnya merekapun menderita kesakitan (pula), sebagaimana kamu menderitanya, sedang kamu mengharap dari pada Allah apa yang tidak mereka harapkan. Dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.(An Nisa': 104)

Teruslah bersabar dan redha, walau apa yang terkena padamu.

Tinggal hanya beberapa detik sahaja lagi...

فَلَا تَعْلَمُ نَفْسٌ مَّا أُخْفِيَ لَهُم مِّن قُرَّةِ أَعْيُنٍ جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ 

Tak seorangpun mengetahui berbagai nikmat yang menanti, yang indah dipandang sebagai balasan bagi mereka, atas apa yang mereka kerjakan.(As Sajadah: 17)

Di syurga nanti, sudah tidak ada lagi penat lelah...

لَا يَمَسُّهُمْ فِيهَا نَصَبٌ وَمَا هُم مِّنْهَا بِمُخْرَجِينَ 

Mereka tidak merasa lelah di dalamnya dan mereka sekali-kali tidak akan dikeluarkan daripadanya.(Al Hijr: 48)

Setiap kita sudah di penghujung nyawa, kerana tiada seorang pun boleh menjamin ia hidup di esok hari...

 كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ 

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.(Ali 'Imran: 185)

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ  

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar- benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.

(Al Anbiya': 35)

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ثُمَّ إِلَيْنَا تُرْجَعُونَ  

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.(Al 'Ankabut: 57)

وَهُوَ ٱلَّذِی یَتَوَفَّىٰكُم بِٱلَّیۡلِ وَیَعۡلَمُ مَا جَرَحۡتُم بِٱلنَّهَارِ ثُمَّ یَبۡعَثُكُمۡ فِیهِ لِیُقۡضَىٰۤ أَجَلࣱ مُّسَمࣰّىۖ ثُمَّ إِلَیۡهِ مَرۡجِعُكُمۡ ثُمَّ یُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ

"Dan Dia lah yang menidurkan kamu pada waktu malam, dan mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari; kemudian Ia bangunkan kamu (dari tidur) padanya, untuk disempurnakan ajal (masa umur kamu) yang telah ditetapkan. Kemudian kepadaNyalah tempat kamu kembali, kemudian Ia menyatakan kepada kamu apa yang kamu lakukan."(Al-An'am: 60)


*Justeru, wahai sahabat yakni saudaraku yang beriman lagi dimuliakan maka beramallah untuk akhiratmu seolah-olah engkau akan mati pada esok hari... barakallahuminalakum*

*Terima kasih saudaraku sekalian atas sokonganmu  untuk penghasilan santapan jiwa ini.....*

*تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْك*

*ُبِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم.*

*اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ*

*اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.*

*Ya اَللّهُ , Tetapkanlah hati kami di atas agama-MU...Kami bermohon ke hadrat-Mu, berilah kekuatan , taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami..! Kami memohon kepada-Mu ya Allah, berilah kami iman yang sempurna , ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat. Jauhkan kami dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka Keji, Berkata Kasar, dan Mungkar....*

*اَللّٰهُمَّ اِنَّانَسْئَلُكَ سَلَامَةًفِى الدِّيْنِ، وَعَافِيَةًفِى الْجَسَدِوَزِيَادَةًفِى الْعِلْمِ وَبَرَكَةًفِى الرِّزْقِ وَتَوْبَةَقَبْلَ الْمَوْتِ وَرَحْمَةًعِنْدَالْمَوْتِ وَمَغْفِرَةًبَعْدَالْمَوْتِ،اَللّٰهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا فِيْ سَكَرَاتِ الْمَوْتِ، وَنَجَاةًمِنَ النَّارِوَالْعَفْوَعِنْدَالْحِسَابِ*

*Ya اَللّهُ ...Ya Ghaffar...!  Ampunkanlah dosa-dosa kami.... dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru2 kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.......*

*Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya...!*

*Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah Ya Rabbal 'Alamin".*

*رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ,*

*رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.*

*وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا  مُحَمَّدٍ وَعَلَىءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّم,َ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.* *أٰمِيْنَ ...أٰمِيْنَ ...يَارَبَّ العَـــالَمِيْن.*

*جزك الله خيرا كثيرا.*

*وَعَلَيْكُمْ السَّلامُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.*


Sunday, June 6, 2021

merindui kematian

Rindu itu hanya ada dalam cinta

Adakah saudara mencinta

Mencinta yang tiada berupa

Tiada bersuara

Cinta yang bukan kepura2an

Cinta sejati

Kekal abadi

Kerna Tuhan itulah kecintaan

 

Cinta itu buka di reka

Di cipta

Diada2kan

Cinta itu terbit dari diri

Yang mengenal empunya diri

Cinta itulah segala2nya

Cinta itulah kerinduan

Kerinduan terhadap kematian 

 

Lantaran kematian itulah 

kunci pertemuan dengan Tuhan

 

Terbayang2

Terkenang2

Terpandang2

Tercari2

Ternanti2

Menusuk qalbu

Merasa syahdu

Rindu serindu2

 

Hasbi Rabbi

 

 

-nkc-

 


Tuesday, June 1, 2021

The absolute just

 

-God and the decision He renders is The absolute just-

 

Bali Accommodation