Friday, February 8, 2019

kalau lu tau


Nikmat!

Segala2nya adalah nikmat, kalau lu tau.
Memang le pada zahirnya segala yang sedap, seronok, meriah dll tu nikmat, termasuk juga memiliki kaum keluarga, harta benda, kesihatan yang baik dan macam2 lagi la..
Tapi bila mana segalanya itu di ambil balik oleh Empunya, apakah hilang nikmat?
Yes n no.
Ya, bila mana dikenang barang yang lepas memang menusuk qalbu rasa kehilangan dan kerinduan.
Tidak, kerana gua melihat segala yang ditarik balik itu sebagai nikmat jugak bila tak dapat lagi mengecapi keseronokan yang pernah dimiliki dulu. Makna kata, kekurangan dan kehilangan jugak adalah nikmat, kalau lu tau.
Sebab? Orang yang tak memiliki apa2 tu la yang sebenar2 orang @ hamba. Udah tiada apa padanya kecuali Dia.
Kalau lu tau..
-Syukur selalu-
-hasbi rabbi-


Image result for kaaba painting

tua, beb!


Tua, beb!
Itu la yg gua rasa sebulan dua ni, lebih2 lg minggu ni , minggu cuit raya cina.
Idak le buat amende sangat pun tapi kt skola memang sibuk kt padang je la, selang dua tiga hari mesti turun padang siapkan line track 400m n segala jenis gelanggang: bolasepak, bola baling, bola jaring dah siap tapi perlu dibalas lagi garisannya sebelum pertandingan antara rumah sukan; yang menanti nk bukak skola lusa tulat nanti nk perabiskan trek 400m sebab baru siap 100m x 2 je, curve belum buat lg. pastu nk buat gelanggang lontar peluru dan lempar cakera dan lompat jauh, semuanya serba dua.. layankan aje..
Cuti ni melayan kt rumah jela, menarah rumput le, tanam nenas sikit, dan tanpa gagal tiap2 petang myapu daun2 kering yg berguguran beribu2 tuu. Daun kuini, beb. Pokoknya tengah salin daun baru, tu yang nyapu tak habis2 pagi petang. Ni dh masuk hampir dua minggu dh, pun tak habis lg .
Celah2 tu layan missus buat projek signboard n wheelbarrow. Wheelbarrow dh siap, signboard pun hampir2.
Oh, selasa lepas ajak football players lari keliling base, 6km+-, n main bola pastu dgn diorg. Angah pun ikut jog jugak.
Tapi tu la, bila dh buat macam2 keje, lebih2 lg menyapu daun, dan projek signboard, memang tangkap pinggang gua cakap lu..
Petang semalam pas siap tulis kt signboard tu n tanam nenas, memang sendi kt lutut n pinggang punya la ketat bila nk berdiri @ diluruskan semula. Bila berdiri je takleh nk tegak terus, kena tunggu kejap bongkok sikit, pastu baru okeyy. Aduss!
Bak kata omputih, I’m beginning to feel my age. Tua dh gua ni, beb! Dan sebenonya ini la nikmat kalau lu tau..
Tak faham?
Next posting please!!


projek cuti skola..

tengah tekun, free hand tu, beb!!

gemuk lepak dgn gua, bermalas2an..

almost completed..

layan....


Monday, January 28, 2019

terima kasih tuhan


Terima kasih tuhan
Kerna menurunkan hujan
menyembunyikan tangisan
Dan keseduan
Kala aku berjalan
Kehampaan
Dibasahi kelukaan

nkc
Image result for walking in the rain

Tuesday, January 15, 2019

search of God

"Ye who in search of God, of God, pursue, 
Ye need not search for God is you, is you! 
Why seek ye something that was missing ne'er? 
Save you none is, but you are--where, oh, where?" 

Aug 1 2014

Wednesday, January 2, 2019

anak2gue

nkz

bila sayu menyapa


Sayu. 

Petang semalam pas zohor, hantar lisa n arief balik asrama. Cuti sekolah dh habis, knn.
 Lebih sebulan jugak la deme meriah kt rumah bertiga dengan nia. Celah2 tu semasa awal n akhir cuti balik rumah tokbak pulak, jumpa angah n kaklong diorang, lagi lee meriah deme adek beradek.

Bila sampai rumah je petang semalam lepas hantar deme, sibuk dengan hal2 kt rumah dan hari pun nak maghrib dah. Malam sibuk bersiap gitu-gini untuk sekolah esuk. Pastu lena..

Hari ni cargas pegi sekolah, balik petang lena sat. pas asar macam biasa layan kat luar rumah tapi berasa malas je. First day blues gamaknya. Pastu dok la bersandar kat tiang depan rumah tu. Tiba2 je terasa sunyinya la alahai. Semalam kelmarin meriah je hari2 dengar suara budak2 kt rumah ni, sambil2 nyembang n meriah dengan diorang lagi. Aleh2 hari ni dah takde orang kt rumah (walaupun missus n nia ada..mujur!)

Terus rasa sayu je. Bukan la sedeh mcmn, tapi sayu sebab kemeriahan sebelum2 ini dah takde walaupun memang dh tau pun akan jadi macam gini. Terus teringat kat bak n mak, dan jugak mak mertua. Gini la gamaknya diorang terasa bila anak2 balik rumah diorang ramai2 meriah huru-hara semua, pastu tiba2 semua balik, tinggal la deme je kat rumah. Sunyi giler. ; (

Panggu gua, beb. Semua insan akan merasai, rasanya.
Layankan aje.
Alhamdulillah.
 

Bali Accommodation