Sayu.
Petang semalam
pas zohor, hantar lisa n arief balik asrama. Cuti sekolah dh habis, knn.
Lebih sebulan jugak la deme meriah kt rumah
bertiga dengan nia. Celah2 tu semasa awal n akhir cuti balik rumah tokbak
pulak, jumpa angah n kaklong diorang, lagi lee meriah deme adek beradek.
Bila sampai
rumah je petang semalam lepas hantar deme, sibuk dengan hal2 kt rumah dan hari
pun nak maghrib dah. Malam sibuk bersiap gitu-gini untuk sekolah esuk. Pastu lena..
Hari ni
cargas pegi sekolah, balik petang lena sat. pas asar macam biasa layan kat luar
rumah tapi berasa malas je. First day
blues gamaknya. Pastu dok la bersandar kat tiang depan rumah tu. Tiba2 je
terasa sunyinya la alahai. Semalam kelmarin meriah je hari2 dengar suara budak2
kt rumah ni, sambil2 nyembang n meriah dengan diorang lagi. Aleh2 hari ni dah
takde orang kt rumah (walaupun missus n nia ada..mujur!)
Terus rasa
sayu je. Bukan la sedeh mcmn, tapi sayu sebab kemeriahan sebelum2 ini dah takde
walaupun memang dh tau pun akan jadi macam gini. Terus teringat kat bak n mak,
dan jugak mak mertua. Gini la gamaknya diorang terasa bila anak2 balik rumah diorang ramai2 meriah
huru-hara semua, pastu tiba2 semua balik, tinggal la deme je kat rumah. Sunyi giler.
; (
Panggu gua,
beb. Semua insan akan merasai, rasanya.
Layankan aje.
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment