Sunday, February 22, 2009

membebel jiwa....

hari-hari dok perhati n mencari, tapi takde sampai setiap saat n ketika. mana nak mampu kalau keracunan dunia berdaki dalam hati, beb.. kira diberi ingat nk perhati tiap-tiap hari pun dh kira syukur benar dh.. di dinihari, gua perhati, di hening pagi, cari lagi, di celah beribu manusia saban hari, pun gua cari. petang-petang layan green @ pokok kt keliling rumah, gua perhati n mencari.
jenuh perhati n mencari...

tukar cite. dikatakan jangan biar dunia n seisinya melekat kt hati. layankan je duniawi sekadar yg seadanya. sepatutnya la.. layan je famili, masyarakat, kerjaya.. tapi buat apa pun mestilah kena sehabis baik, kan. kalau tak, tak rugged la, beb. dunia nk kena layan sebab tinggi mana 'terbang' kt dunia ni tetap kena berpijak di bumi yg nyata, beb.. sendiri mau ingat la..

tamsil mencari ni umpama mendengar cite yang member kamcing yg lama tak ketemui dh kembali ke kampung halaman. lalu kita pergi la cari dia di merata-rata tempat: kt kedai, jambatan, busstop, kira habis satu kampung la ronda, tapi haram tak jumpa. pas tu kita pun balik rumah dan tengok-tengok, member kamcing yang dicari bagai nk gila, ada kt rumah kita sendiri.. jenuh mencari satu kampung, apa la punya bangang punya kerja, tengok-tengok ada kt rumah sendiri.. member kamcing takkan ke mana, beb.. u get the story?

jangan melekat di hati ni umpama anak isteri, harta benda, n segala-gala la, kalau hilang n diambil pergi, jangan la bersedih hati, berduka lara, bergundah gelana, berduka nestapa, layankan je.. amacam, rasa-rasa boleh buat? easier said than done, beb. but then, nothing is impossible, especially when u have put your hand in the Hand of God..

inilah pkara yang gua dok melayan saban hari, for the last thousand days, hundred of weeks, many-many moons, all day all night allright!
layan.... :-)

different people will get @ receive @ acknowledge different ides of what i've written above. do you know y? because.. it is not how it is said but how it is heard. senang cite martabat berbeza la konon-kononnya. iyekan saje..

kata pak ya..

bajailah tanaman sendiri,
jangan diracun tanaman orang....

kitab hikam tok pulau manis- 1

Kitab Hikam Tok Pulau Manis ini dirumikan oleh al-Faqir Abu Zahrah Abdullah Thahir daripada kitab jawi cetakan Sulaiman Mar’ie dengan penambahan nota kaki. Adalah dinasihatkan pada para pembaca agar belajar atau bertanya kepada guru yang rasikh ilmunya lagi mursyid, supaya tiada tersalah faham atau tersalah tafsir akan kalam-kalam hikam tersebut. Sekian – Penterjemah dari jawi ke rumi, Abu Zahrah

بسم الله الرحمن الرحيم

(Kata faqir yang menterjemahkan ini kitab Hikam bagi Sheikh Imam Tajuddin Abul Fadhl Ahmad anak Muhammad anak ‘Abdul Karim anak ‘Athoillah رحمة الله عليهم
(Dan) sanya telah meminta akan aku setengah saudaraku yang saalik[1] bahawa menterjemahkan aku akan dia dengan bahasa jawi supaya memberi manfaat dengan dia segala orang yang mubtadi[2], maka kuperkenankan atas yang demikian itu dengan sekira-kira yang difahamkan Allah Ta’ala akan aku.

(Dan) adalah memanjangkan sedikit perkataannya kerana aku memasukkan perkataan syarahnya dengan sekadar kifayah[3] bagi orang yang mubtadi mengetahui dia, dan sanya kupohon kepada Allah سبحانه وتعلى akan sempurnanya dan akan beroleh manfaat segala orang yang tholib[4] akan dia dalam dunia dan dalam akhirat dengan berkat Sayyidul Mursalin wa aalihi wasahbihi ajmain.

(Kata) Sheikh رضى الله عنه:

﴿ من علامة الاعتماد على العمل ٭ نقصان الرجاء عند وجود الزلل﴾
Ertinya: Setengah daripada ‘alamat orang yang berjabat[5] diatas ‘amal itu kurang harapnya tatkala diperoleh kesalahan.

(Yakni) kurang harapnya tatkala maksiat dan sempurna harapnya tatkala taat dan demikan itu hal segala orang yang jahil yang menilik bagi dirinya ‘amal dan orang yang ‘arif[6] itu tiada sekali-kali menilik bagi dirinya ‘‘amal.

nota kaki:
1. Menurut bahasa orang yang berjalan, orang yang mengembara. Pada istilah tasauf, orang yang melakukan suluk yakni pengembaraan rohaniah, mendampingkan diri kesisi Allah Ta’ala dengan mengerjakan ‘ibadah, riadah dan mujahadah. Menurut ta’rif Sheikh Muhammad Nafis al-Banjari, salik itu ialah orang yang bersungguh-sungguh ia ijtihad berbuat ibadat kepada Allah Ta’ala dengan riadhah dan mujahadah dan mengamalkan segala wirid yang diijazahkan akan dia oleh sheikhnya kepadanya dengan tiada cedera ia mengerjakan dia dan menyalahi akan barang yang disuruhkan akan dia oleh gurunya daripada segala ibadat dan lainnya.
2. Peringkat permulaan dalam disiplin ilmu tasauf.
3. Mencukupi
4. Menuntut atau belajar
5. Bergantung atau berpegang
6. Orang yang benar-benar mengenal Allah dan juga dirinya, lalu hatinya sentiasa tidak lekang daripada bermuraqabah dan bermusyahadah kepadaNYA

Tuesday, February 17, 2009

life lagi.... (2)






life @ dunia









eternal life














moments in life














miracle of life

life lagi....

life is short.
talk fast.
act quickly.

-gilmore girls-

Monday, February 16, 2009

hidup....



hidup adalah wayang,

wayang adalah hidup,

skrip telah tertulis,

oleh pengarah yang,

-Satu-

Sunday, February 15, 2009

minta nyawa....


selagi termampu, doa, beb!
(gambo chiluk (@ courtesy) dr tok batin senoi. jangan marah, tok!)
 

Bali Accommodation