Satu hari Jumaat tu, gua n kaum gua yg paling kamcing
time tu, Hamid @ Myed Bowie, ponteng skola. Masa tu kitorang form five. Kitorang
pulak kalau ponteng skola tak ke mana pun, habis2 lepak kt port kitorang, bawah
pokok ceri. Tu sebab geng kitorang namanya D Cherry Boys. Pokok ceri tu boleh
tahan beso jugak la, dan rimbun daun2an nya. Siap kitorang bikin pangkin kt
celah2 atas tu. Kiranya boleh lepak la. Pokok tu dok tepi rumah Pak Abu, dan +-
100 meter je sederet dr rumah Hamid. Dari rumah gua agak jauh jugak dekat
setengah kilo.
Pagi tu, gua n Hamid terus pegi kt situ. Dan terus naik atas
pokok. Cover line. Tak lama Mye, yang rumah nya memang port @ markas kitorang,
yang dok selang dua pintu dari situ, pun datang. Siap bawak gitar lagi. Mula2
tu gua n Hamid dok atas pokok tapi bila Mye sampai gua pun turun. Nk main gitar
la kononnya.
Hamid siap khabo jangan turun dulu sebab time2 tu mak dia akan
keluar bila orang jual ikan sampai. Tapi gua apedehal. Turun jugak. Tak lama tu
seperti mana kata Hamid, lori ikan pun sampai la dan mak dia pun keluar dr
rumah. Lepas dia beli ikan n sayur seme, dia toleh ke arah pokok ceri tu. Lama
dia dok perhati. Pastu dia masuk dalam. Gua ingat settle la. Tak lama mak Hamid
keluar balik dan bawak kayu. Dia terus jalan ke arah kitorang. Bila dh dekat
lbh krg 20m, Hamid kt atas pokok dh cuak. “Adoiii, mak gua sudah mari, beb!”
Gua n Mye pun rasa berdebo n terus lari ikut lorong tepi tu. Mak Hamid bila
nampak kitorang lari terus kejar, gua cakap lu! Mujur dia dh tua jadi dia lari anak2
je, sambil menjerit, “lari engkau babi!” Hamid masa tu dok atas pokok lagi.
Kitorang pun mencecer lari. Bila tak nampak kelibat mak Hamid,
kitorang patah balik. Sesampai je kt bawah pokok ceri, mak Hamid pun datang.
Dia tanya gua,”Hamid mana?” “Hamid kt skola , makcik.” “Engkau jangan nak tipu
aku. Aku dh telefon skola tadi. Diorang cakap Hamid dh kluar awal tadi. Dia
cakap Hamid adahal.” Mak aii, mak Hamid nk psiko gua. Padahal gua n Hamid memang x
pegi skola langsung hari tu. Gua buat ceren je la. Mak Hamid pun membebel n
bagi gua tazkirah, beb. Dan dia memang langsung tak perasan yang Hamid ada je
dok atas pokok ketika tu. Puas dia mem’beta’ gua, dia pun ciao. Tak lama Hamid
pun turun n kitorang gelak sakan bila mengenangkan kejadian itu. Sampai mak Hamid
meninggal pun gua rasa dia tak tau yang Hamid time tu baguih punya dok atas
pokok.
free2 je kena babi pagi tu. Ahaks -
No comments:
Post a Comment