Masa zaman gua budak skola dulu, skola rendah n form one form two, kiranya gua ni tergolong di kalangan pelajar yg baik2 je. Saja la khabo, takut2 lu orang tak tau
Tapi bila masuk
form three, tiba2 je berubah perangai gua, tahap keracunan n kebiulan menjadi
tinggi, n mula la episod mmbuat keje2 bangang yag tak berkesudahan. Mmg banyak
bebeno la. Tapi antara yg gua takleh lupa sampai ke la ni adalah time naik motor
tanpa lesen. Setakat polis tahan atau buat roadblock ke, gua harus lepas. Sebab
bila polis tahan n mintak lesen gitu gini, n gua pun xde lesen, polis tu pun
apalagi, nak saman la. Takpun nk ajak settle tepi la kononnya. Tapi gua dengan
tenang akan cakap, “jumpa bapak saya dulu la!”
Pehh! Terkedu kejap
polis2 tu, x kira la roadblock, atau radio car, atau trafik yang tahan gua,
bila dengar gua cakap macam tu, mesti diorang akan tanya samada,”sape bapak
kau?” atau “berapa no bapak kau?”
Bila diorang
dengar nama bapak gua, SI Akbar Khan, terus settle jgk kat situ hahaa
Takpun diorang
bagi la nasihat sikit n suruh jalan. Hanya sekali je ada polis sorg tu bila dh
settle sembang seme, suruh gua tolak motor tu. Suruh tolak sampai rmh sbb rmh
gua lbh kurang 1km dr situ. Adusss, x rugged la, kan. Gua pun tolak lebih
kurang 20meter, terus gua start motor n masuk gear n pederas haha
Kawasan jajahan
gua? Dari Sungei Way sampai Brickfield, beb! It was the Eighties then. lebih sepuluh kali la jgk rasanya gua jual nama bapak gua. Memang sabo
je la brader2 polis zaman tu jumpa gua. Tapi yang sebenarnya champion ialah
boss gua, Akbar Khan. Orang yang dihormati n disegani zaman tu. Tu yg polis2 tu
bagi muka kt gua sebenonya. Once upon a time.
#original
No comments:
Post a Comment