Wednesday, April 24, 2024

Tragis

 Tragis.

Itu saja yg dapat saya ungkapkan buat masa ini, bukan buat diri saya saja, malahan semua rakyat Malaysia n lebih2 lagi keluarga terdekat mangsa yang terkorban dalam nahas perlanggaran dua helikopter milik TLDM semalam di Pangkalan TLDM Lumut.

Secara peribadi, TLDM Lumut adalah tempat saya mencari rezeki selama lebih 24 tahun sebagai guru di SMK Pangkalan TLDM. Oleh sebab itu kejadian ini sangat dekat di hati. Melihat helikopter berlegar di udara adalah satu kebiasaan bagi warga pangkalan. Berpuluh2 kali, kalau pun bukan beratus kali, saya melihat helikopter TLDM berlegar di ruang udara kawasan sekolah dan sekitarnya. Sekiranya ada majlis tertentu, pasti helikopter TLDM akan melakukan latihan hampir setiap hari menjelang acara majlis tersebut.

Ia sangat menyentuh perasaan bila saya mengetahui antara yang terkorban adalah ibu2 kepada pelajar saya tingkatan 4, si kembar Auni n Awliya, dan juga penjaga gol pasukan bola sekolah, Alif. Saya hanya mampu mengirimkan ucapan takziah melalui mesej whatsapps kepada mereka. Si kembar sewaktu mendapat khabar berita tersebut berada di kelas sedang belajar ketika itu. Salah seorang meraung dan seorang lagi terkedu @ speechless bila mengetahui syurga mereka telah kembali kepada Allah. Tak dapat saya bayangkan bagaimana luluhnya hati mereka pada saat itu.

Walau apapun, dari sudut positif, mujurlah helikopter tersebut tidak terhempas di padang kawad KD Pelanduk, yang terletak kira2 200m dari tempat kejadian. Ketika itu sedang berlangsung raptai perbarisan dengan beratus anggota berada di situ. Begitu juga helikopter tersebut tidak terhempas di pasar ataupun sekolah ataupun blok penghuni sekitarnya. Padahal kawasan2 tersebut sangat hampir dengan tempat kejadian dan sarat dengan manusia. Kalau tidak, tragedi yang lebih besar mungkin terjadi.

Apapun, sama2 kita hadiahkan al Fatihah kepada mangsa yang terkorban.

inna lillahi waina ilaihi rajiun

* Lt Siva anak cikgu Thanja, kaum gua

* Shah, kaum bt 10 lekio, cucu kakloh n anak bang hassan, kakloh sepupu isteri gua



No comments:

 

Bali Accommodation