Tuesday, August 23, 2022

malu apa bosku -

 

Akhirnya sireh pulang ke gagang.

Sepandai2 bosku melompat akhirnya berjaya ke dalam Kajang Inn juga

 

Penantian selama empat tahun berakhir hari ini setelah bosku berjaya mendaftar diri di Kajang Inn untuk pertapaan selama dua belas tahun susulan keputusan mahkamah persekutuan yang meluluskan dan mempercepatkan kemasukan beliau. Walaupun selalunya mengambil masa dua minggu hingga beberapa bulan untuk mencapai keputusan, hakim2 yang amat arif telah bertindak dengan arif sekali membuat keputusan sepantas kilat.

Maka sekitar jam enam petang tadi, bosku alias pendekar bugis ataupun nama manjanya jibby dengan bangga melangkah masuk ke Kajang Inn, walaupun pada mulanya ramai menyangka beliau akan ke Bamboo River Resort n Spa.

Penyokong2 tegar dan bengong bosku telah berkumpul di luar Kajang Inn dengan kompang dan bunga manggar dan juga sepanduk dan kain rentang bagi menyambut ketibaan bosku yang disayangi. Mereka telah menyanyikan lagu khas untuk bosku yang berjudul ‘Malu apa Bosku’. Sorakan ‘malu apa bosku’ juga berkumandang selama hampir sepuluh minit untuk menyemarakkan lagi hari yang akan dikenang dalam hidup rakyat Malaysia.

“Inilah hadiah Hari Kemerdekaan yang begitu bermakna tahun ini,” ujar salah seorang pecacai tahap dewa bengong yang dibawa khas dari kampong bosku.

Sekian sahaja lintas langsung dari Sate Kajang Pak Mentol© baik punya dok ada!


No comments:

 

Bali Accommodation