Mantan PM Najib didapati bersalah dan dikenakan hukuman penjara 12 tahun dan denda rm210 juta masih boleh diikat jamin dan boleh ke hulu ke hilir.
Kerani Sam Ke Ting didapati bersalah memandu cuai hingga
menyebabkan kematian remaja basikal lajak dikenakan hukuman penjara 6 tahun dan
denda rm6 ribu dinafikan hak untuk ikat jamin.
Petani kecil diusir dari kebun di Chepor, Perak walaupun
telah mengusahakan tanah tersebut berpuluh tahun dan memohon pemilikan
berkali-kali.
Kerajaan negeri dengan mudah menjual tanah tersebut pada
pihak swasta tanpa mengambil kira situasi petani sekadar mendapatkan keuntungan
atas angin.
Penjual ayam @ peniaga kecil di Terengganu dikenakan kompaun
rm500 serta merta kerana menjual ayam melebihi daripada harga siling rm8.90.
Penternak ayam yang mengaut keuntungan besar tidak diambil
tindakan.
Wanita dipenjara sehari dan didenda rm1200 kerana mencuri
makanan di Malaysia tanahairku.
Di Amerika, wanita yang mencuri makanan, telah mendapat wang
daripada orang ramai yang berada di mahkamah kerana YA Hakim mendapati
masyarakat sekeliling langsung tidak memperdulikan nasib melarat wanita
tersebut hingga menyebabkan dia mencuri maka masyarakat yang didapati bersalah
dan patut dikenakan hukuman.
Di Pahang, pekebun durian telah diusir dari tanah yang telah
diusahakan mereka selama berpuluh tahun dan pihak berkuasa tempatan datang dan
menebang beratus pokok durian yang sedang berbuah lebat, lalu menanam pokok
yang baru.
Tidakkah boleh diadakan win-win situation, bagi peluang petani
tersebut mengutip hasil buat kali terakhir dan selepas itu tanah dan pokok
durian yang ada di situ diambil oleh pihak kerajaan?
Balak ditebang sewenang2nya dan banjir besar berlaku hingga
batang balak naik atas rumah rakyat pun masih lagi pihak kerajaan menafikan
segala kebobrokan mereka.
Melayu menipu melayu. Melayu menipu rakyat.
Melayu menindas melayu. Melayu menindas rakyat.
Senang cite, bodohnya melayu kerana percaya pada melayu yang
munafiq walaupun ditipu berkali2 selama berpuluh tahun.
Melayu Kite--
No comments:
Post a Comment