corona virus punya pasal, habis seme orang kecoh n huru-hara.
mula2 tu bulan tiga tahun lepas, seme org, termasuk gua sekali la, berasa berdebar n takut2. takut bebeno nk kluar masa tu, yela, roadblock banyak, kn. nanti polis tanya jenuh nk jawab. kalau selisih dgn org, takut berjangkit pulak virus nya.
tapi ni dh setahun lebih, ramai orang dh jemu, muak, lemau, n dh tak takut dh. asyik nk buat kuang ajo je merayau ke sana ke sini balik kampung la, shopping la n mcm2 lg laaa.. kena pulak kluster kayangan seme kebal tak kena saman, lagi la orang kebanyakkan ni angin satu badan. tu yg seme dh biul. orang kebanyakkan ni nk cari makan pun susah, beb. kejap boleh kejap tak boleh. adussss letih!
yg sensasi sekarang, pro vaksin n anti vaksin. seme ada hujah masing2 n seme mempertahankan hujahnya. tapi bila dikenang2kn, sebenonya yg nak vaksin dgn tak nak vaksin ni sama je penghujung nya. dua2 tak nak mati. yela, pro vaksin amik vaksin sbb nk imunisasi n terhindar dari covid n tak nak mati. yang geng anti vaksin pulak khabo, kalau amik vaksin ni boleh menyebabkan terencat, mati terus, n pelan2 mati. maknanya deme ni tak nak amik vaksin sebab tak nak mati jugak.
padahal dua2 geng ni tetap mati jugak sudahnya..
jadi, mana satu nk ngikut?
No comments:
Post a Comment