Monday, May 31, 2021

Solat

 

Kalau solat nya sudah benar, pasti akhlaknya benar.

Kerana solat itu mendidik akhlaqul karimah.

Solat = shad, lam, ta

Shad adalah sidiq, harus jujur

Lam adalah latifun, yang lemah lembut

Ta adalah takwa, pasti tiba bila mana sidiq dan latif sudah semadi

Wallahu’alam




Sunday, May 30, 2021

Vaksin: nak, ke, tak nak?

 corona virus punya pasal, habis seme orang kecoh n huru-hara. 

mula2 tu bulan tiga tahun lepas, seme org, termasuk gua sekali la, berasa berdebar n takut2. takut bebeno nk kluar masa tu, yela, roadblock banyak, kn. nanti polis tanya jenuh nk jawab. kalau selisih dgn org, takut berjangkit pulak virus nya.

tapi ni dh setahun lebih, ramai orang dh jemu, muak, lemau, n dh tak takut dh. asyik nk buat kuang ajo je merayau ke sana ke sini balik kampung la, shopping la n mcm2 lg laaa.. kena pulak kluster kayangan seme kebal tak kena saman, lagi la orang kebanyakkan ni angin satu badan. tu yg seme dh biul. orang kebanyakkan ni nk cari makan pun susah, beb. kejap boleh kejap tak boleh. adussss letih!

yg sensasi sekarang, pro vaksin n anti vaksin. seme ada hujah masing2 n seme mempertahankan hujahnya. tapi bila dikenang2kn, sebenonya yg nak vaksin dgn tak nak vaksin ni sama je penghujung nya. dua2 tak nak mati. yela, pro vaksin amik vaksin sbb nk  imunisasi n terhindar dari covid n tak nak mati. yang geng anti vaksin pulak khabo, kalau amik vaksin ni boleh menyebabkan terencat, mati terus, n pelan2 mati. maknanya deme ni tak nak amik vaksin sebab tak nak mati jugak.

padahal dua2 geng ni tetap mati jugak sudahnya..

jadi, mana satu nk ngikut?



Wednesday, May 26, 2021

puisi nkc


 

Wednesday, May 12, 2021

artwork guala!

ask D hoopoe (march '21)

arca 3D (Feb '21)

layan..

 

Saturday, May 1, 2021

don't take for granted












@ jangan diperlecehkan



Assalamualaikum wbh
Lama gua tak menulis ekkk. seperti biasa dunya meracuni hahaaa layan..
Kalau nak cite amende gua bikin sebulan dua ni, rasanya berkajang2 le gua kena tulis, beb. nx time je la ekk inshaAllah
tapi basically banyak masa gua layan untuk self pleasure: pegi kebun every fortnite, layan pokok bunga setiap pagi n petang, kt skolah pulak hari tu time pdpr gua buat keje arca n sempat jugak buat lukisan minyak (first time, beb!) atas plywood berukuran 8' x 3'. besar jugak, knnn. nanti la bila2 gua tunjukkn.
selebihnya layan famili n utama sekali layan diri sendiri @ tuhan lee hahaa

anyway my intention today is not to go rambling about my personal life but more towards the saying above tuu. but, the saying above tuu definitely lah relate to my life jugak, knn

jadi, bila ditanya orang bagaimana sabit lima perkara tu pada diri gua, pasti gua akan katakan sudah berlalu zaman n hari2 muda gua. yela, dh fiftyish xkan tak sedar diri lg kot
adakah gua sesali zaman muda gua? hmm u can't help but to regret certain things but overall i wouldn't change a bit pun. i mean, if not for what had happened then, i wouldn't be who i am today, knnn
lg pun life is doing the best at every opportunity that arises 

alhamdulillah gua masih diberi kesihatan yang baik zahir batin n semuga berterusan sehingga ke akhir nya inshaAllah
sedas dua ada la sakit jugak n tiga empat kali jugak la kena dok hospital. tinggal tak mati je lagi hahaa

Kaya? idak lah gua kaya, beb, tapi senang? ye alhamdulillah. lagipun nk cite kaya ni benda tu subjective n open to argument, kn. Orang xde duit dapat rm1000 mesti berasa kaya kejap2 tu tp orang yang biasa belanja sehari 5k 10k, amnde sangat la 1k tuu, knn
yg utama di sini gua senang hati sebab p. ramlee dh khabo hari tu kita hidup hanya sekali ohohho mesti senang hati ewahhhh!

masa gua memang sibuk, tapi bukan lah sibuk tah apa2 tah. sibuk gua adalah all my time is used to the maximum so i do not regret about things not done or unaccomplished. senang cite jangan bertangguh lah apatah lagi kalau ia bersabit dengan kebaikan, terus buat. 
emmm, ada ke bersabit dengan keburukan jugak? hahahaa sendiri mau ingat laa ekkk

dan iye, gua masih hidup alhamdulillah, dan gua masih mau hidup, dan setiap pagi bila gua bukak mata dan nengok gua masih hidup ya Allah dia punya teruja lah, xleh nk nyembang gua cakap lu.
tap kalau sampai janji Nya, gua redha beb. iyelah, xkan nk cakap tak puashati pulak, kn hahaa
ikhtiarlah hidup kamu seolah kamu akan hidup seribu tahun lagi, dan ikhtiarlah akan akhirat @ akhir hayat kamu seolah kamu akan mati esuk hari.

jadi, d moral of the story? 
jangan buat leceh!

-ciao!-
 

Bali Accommodation