Saturday, May 2, 2020

binasakan diri mu




Manusia itu Rahsia Aku dan Aku adalah Rahsia Manusia.
Setiap Ruh mempunyai tempat di daerah ketika ia berada dalam jasad.Setiap insan wajib mengetahui bagaimana mahu mengolah setiap lapisan tersebut agar tersingkap baginya Rahsia.
Kenali Dirimu dengan merenungkan kedalam Dirimu Nescaya engkau akan Mengenali Allah tanpa huruf,suara,tanpa dalil dan perantaraan. Galilah Rahsia Alam Dirimu sendiri sehingga berjumpa dengan Air dari Alam Malakut, Alam Jabarut dan akhirnya Lahut, Nescaya kamu akan dapat menyaksikan kembali bagaimana Dirimu berhimpun dan bertasbih di Alam Lahut serta menyaksikan bagaimana Dirimu bersaksi akan Diri KeTuhanan Adakah Aku Tuhan Kamu,(Ruh menjawab) Bahkan Kami menyaksikan.
Sesiapa yang sampai keAlam ini, ia mengambil Ilmunya terus dari Allah tanpa perantaraan iaitu Ilmu laduni.Di Alam ini, ia beribadah dari Allah, dengan Allah dan untuk Allah.Pandangannya senantiasa melihat pada dua Alam, melihat Dirinya di Alam Zahir iaitu Afaal,Sifat dan Asma, bermusyahadah dengan ZatNya di Alam lahut.Adakala mereka itu FANA (lebur) penglihatan di Alam ini ketika mentajallikan Rahsia-Nya sehingga tiada yang dilihat melainkan ALLAH SWT.
Bagaimana hendak Mengenal Diri?
Apa yang harus di kenali dengan Diri ini ?.
Adakah Mengenal Jasad yang dikenali oleh semua orang kafir dan mushrik dengan itu mereka sudah Mengenal Robb mereka?. Adakah Mengenal Bathin sahaja tanpa mengetahui soal Rohani?.
Mengenal diri tanpa Mengenal jalan Mengenal Diri anda tidak akan sampai kepada tujuan
Mengenal Jalan tanpa Mengenal musuh akan tertewas separuh jalan.
Mengenal Musuh tanpa bersenjata akan di kalahkan. Mempunyai senjata lengkap namun tidak Mengenal Maqam musuh akan menempuh kekalahan.
Mengenal senjata dan musuh tetapi tidak ada tarbiyah dari orang Mengenal perjalanan dan kaeadah juga akan binasa dalam kesesatan.
Siapa yang benar Mengenal Dirinya, akan binasalah Dirinya, tenggelam ia dalam lautan kefakiran, tenggelam ia dalam lautan ketiadaan keAkuan.
Wujud Insan adalah Bayang-Bayang kepada Wujud Allah.Tiada akan wujud Bayang-Bayang ini jika tiada yang Ampunya Bayang-Bayang, tidak bergerak Bayang-Bayang melainkan bergeraknya Tuan Ampunya Bayang-Bayang.
Apabila kamu memandang Diri kamu, memandang kewujudan Dirimu, maka kamu Wajib memahami bahwa kamu ada pemiliknya.Wujud kamu menyatakan Wujud Diri-Nya.Dia Ghaib dan kamu nyata, Dia Hakikat dan kamu Syariat, Dia adalah Wujud dan kamu adalah Bayang bagi Wujud-Nya.Lihatlah Diri kamu lagi,pandanglah segala Sifat yang ada pada Diri kamu,lihatlah matamu,lihatlah telingamu, lihatlah mulutmu,lihatlah akalmu,lihatlah gerak diammu,lihat rasa hatimu.Semuanya tidak lain melainkan kenyataan sifat-sifat- Allah.
Semoga hati kita tidak dibutakan sama sekali, sehingga tidak Mengenal Diri-Nya. Meskipun Al-Ghaib tetapi sangat dekat sekali, bahkan lebih dekat Dia bila dibandingkan dengan Urat Nadi yang ada di lehernya sendiri.Berarti lebih dekat Dia meskipun dibandingkan dengan keluar masuknya Nafas dalam Dada. Maka yang memutuskannya
Barang siapa yang hidupnya sekarang ini di Dunia Buta Mata Hatinya tidak mengetahui keberadaan Diri Allah yang dekat sekali dan Wajib Wujud-Allah maka kelak di Akhirat juga akan lebih Buta dan lebih sesat jalannya


No comments:

 

Bali Accommodation