Monday, March 30, 2020

ku temui cahaya


Kaum sufi bukannya mengajak kepada pengawalan sifat mazmumah semata-mata tetapi mengajak menghancurkan akar umbi yang menumbuhkan pohon mazmumah itu, iaitu sifat ananiyyah atau “keakuan”… maka mahu meleburkan sifat itu memerlukan cahaya makrifat, sehingga hilang dirinya, bagaikan cahaya lampu yang ghaib dalam cahaya matahari. Sesungguhnya tauhid para sufi mengajak kepada peleburan diri dan alam di dalam keEsaan Allah SWT.”

Bertanya sang Guru,
“Wahai anakku, dimanakah bermula dan akhir makrifatmu denganNya?”
Maka menjawab Salik,
“Demi Tuhan yang aku dalam genggamanNya, bermula aku dengan kejahilan dan berakhir aku dengan kejahilan. Kesudahan mengenal adalah tiada mengenal, tiadalah aku ketahui apa-apa tentangNya hanyalah sekadar setitik air dihujung jari di tengah lautan yang tidak bertepi!”


Tuan Guru Tokku Hj Ibrahim Muhamad Pulau Manis

No comments:

 

Bali Accommodation