(Jalan Pulang) Menuju Tuhan
Runtuhkan berhala di depan mu
Kemasyuran kekayaan kedudukan mu
Tanggalkan pakaian Tuhan
Keangkuhan kesombongan keakuan mu
Kosongkan rumah hati mu
Kehendak kemahuan berahi perasaan mu
Putuskan rantai dunia yang mengikat mu
Pindahkan keberadaan mu kepada ketiadaan mu
Carilah keseorangam kesunyian
Kekosongan kesengsaraan kepedihan
Pabila segala itu mampu
Maka terbitlah rindu serindu-rindu
Dalam jiwa yang membara
Ingin pulang pada Tuhan
Bersama seperti
Awal yang tiada bermula
Akhir yang tiada hujungnya
Fana diri
Baqa Ilahi
-kutu-
No comments:
Post a Comment