Sunday, December 18, 2016

hari ni gue

assalamualaikum wbh

hari ni gue:
objektif tercapai, beb.. sebab?

budget pas subuh bila hari cerah je nak cargas dh..
lepas pkena roti sekeping & nescafe, 715 pagi terus siram pokok bunga. tidak la banyak, tapi yang disiram dalam pasu je lbh krg 40, pastu kt tanah lg dan dalam polibag gitu gini.. senang kira 60 pokok jgk la..
siap je tu sambung nyapu keliling rumah: sapu daun pokok cempaka, rambutan, mempelam. kuini, mata kucing dan nangka.
pukul 9 breakfast dgn anak2 dan istri gue.. 930 sambung balik, tapi kali ni tanam pokok pulak dah.. mula2 replant pokok petai, pastu tanam mengkudu tiga pokok, celah2 tu membako debris dan daun kering, last sekali replant nanas sebanyak 24 pokok. kiranya pukul 11steng baru la settle seme. penat, beb, tapi alhamdulillah syukur sangat sbb diberi rezki kudrat oleh Nya untuk berbudi pada tanah ni..

pas lunch n solat, bawak bertenang sambil2 tonton rerun boys over flower, hehe..
pas asar cargas, buang sampah, hantar tong ikan kt pelantar joi, dan terus bawak arief dan nia ke tanjung kepah.. naik ranger, jadi deme berdua berdiri kt belakang lee, nk layan open air..

tanjung kepah..

guala!

ni dh malam, dh solat berjemaah tadi dgn diorang, how can i not be thankful to Him for bestowing upon me endless gifts and love? Ya Allah, syukur ku pada Mu tiada terucap.

No comments:

 

Bali Accommodation