Thursday, June 30, 2016

negara pariah


negara pariah - itulah dia keadaan negara kita yang tercinta sekarang ini.
saya berasa sangat marah dan geram, sangat sedih, sangat kecewa dengan apa yang sedang berlaku di negara kita.
dengan najib dan rosmah menguasai negara: polis, kehakiman, sprm; tahap rasuah dan mengampu di negara ini sangat menakutkan. saya berasa sangat jijik dengan orang2 umno yang tak henti2 menjilat najib sekadar untuk mendapat serdak kuasa dan harta yang diperolehi secara salahguna. ahli umno, khususnya yang memegang jawatan, pada saya adalah munafiq; berpura2 baik demi menjaga tembolok mereka agar boleh dipenuhi dengan nanah2 dan najis2 rasuah dan kemudiannya hasil rasuah ini juga diberi makan kepada anak isteri kaum kerabat dan sahabat pecacai. lantas, apa yang berlaku? darah daging yang terhasil dari sumber yang haram ini mencetuskan masalah sosial di kalangan umat melayu: berjudi, minum arak, menipu, berzina, mengugut, membunuh seolah2 sudah jadi lumrah sekarang ini kalau dibandingkan dengan 20 atau 30 tahun yang lampau. memang tidak dinafikan dahulu pun ada juga gejala sedemikian tetapi terlalu jarang malahan hampir2 tidak kedengaran kecuali sekali sekala dalam setahun. tapi kini begitu rancak sekali masalah jenayah dan maksiat berlaku, saban hari tanpa gagal ada saja berita yang terpampang di media masaa bercetak atau elektronik.
ini adalah kesan dari pemerintahan umno yang memperkudakan islam dan orang melayu. orang melayu khususnya di kawasan kampung begitu mudah terpengaruh dan disogok. biarlah apa terjadi, yang penting melayu yang berkuasa. itulah dijaja dari dulu sampai saat ini. seolah-olah bangsa lain akan menzalimi orang melayu. kalau itulah mentaliti orang melayu, sia2 menjadi islam. sedangkan dalam agama tiada membezakan sesiapa. lantas, apa yang perlu takut kalau bangsa lain berkuasa jika mereka islam? apalah sangat islam yang ada pada kebanyakkan melayu kalau islamnya hanyalah islam warisan. oleh kerana itulah, dari dulu sampai sekarang melayu tak pernah berkembang kerana islam yang ada dan dibanggakan itu hanyalah warisan dan ikut2an sahaja. tiada jiwa, tiada roh. bila mana tiada roh dalam beragama, islam hanya kulit yang tiada berinti. malahan kalau ditanya tang mana islam melayu ni, apa agaknya yang nak dikata? songkok? kain pelikat? baju melayu?
sesiapa saja yang cuba menegur atau mengajar atau mencabar, pasti dicantas tanpa belas ehsan. hinggakan tun dr m, yang dikatakan sebagai begitu berjasa sekali, habis dilanyak dan dicaci dengan kata2 nista. orang kebanyakkan apatah lagi la. itulah dia cara umno mendidik orang melayu. itulah dia islam cara umno. itulah dia penyelamat umat melayu.
nak diharapkan pada parti melayu lain seperti pas, pkr dan pan, mereka sesama mereka pun berbalah dan gila kuasa. maka, pada siapa harus disandarkan harapan ini agar melayu di negara ini benar islamnya: islam yang menganjurkan kebaikan, kecintaan, kesabaran, kesamarataan, dan segala yang diredhai tuhan; pada siapa? cuba nyatakan, cuba nyatakan.
memang benar2 negara ini menjadi negara pariah.

-guru malaysia-

No comments:

 

Bali Accommodation