Dunia yang merantai
Dengan berbagai bagai
Hanya bikin lalai
Tergapai-gapai .
Dunia dilayan
Sekadar hiasan
Pandangan insan
Tidak terkesan .
Dunia yang seketika
Penuh dengan lagho
Walau seronok terasa
Hanya fana belaka .
Dunia seisinya
Penjara jiwa meronta
Mahu pulang segera
Pada yang Empunya .
nkc
No comments:
Post a Comment