Pt3
punya result nak keluar esuk. Tapi memang takde thrill pun, tak seperti pmr
dulu, ataupun srp, atau LCE sebelumnya..
Sebab?
Sebab pt3 ni kehendak orang2 bangang yang mempunyai kepentingan peribadi dan
ingin memenuhkan tembolok sendiri aje..
Kenapa
gua cakap gitu? Sebab pt3 ni perlaksanaannya tergesa-gesa. Sape yang teraniaya
kalau bukan cikgu dan pelajar? Orang lain kalau time nak amik pmr atau srp dulu
belajo dari tingkatan satu sampai tingkatan tiga baru exam, tapi pt3 ni umum
bulan april @ mei, jun dan julai cikgu kena pergi kursus, bulan oktober bebudak
periksa.. aduss! Apa la bangang punya kerja.. bebudak yang selama ini dok
relaks baguih punya dok ada selama dua tahun setengah dari tingkatan 1 sampai
pertengahan tingkatan 3, tetiba je kena sergah ada exam hujung tahun. Selama 2
tahun setengah dok relaks je, buat ujian gitu2 je dan masuk gred dalam sistem band,
tetiba je nak suruh belajo sungguh2 sebab tak sampai 5 bulan lagi nak exam. Idak
ke ngarut cite nya.. bebudak yang selama 30 bulan tak pernah diuji, dinilai
prestasinya, out of the blue you expect them to study in order to sit for an
exam which is just around the corner.. memang le tercungap cikgu nak
menyediakan pelajar mereka agar mampu menguasai pelbagai bidang dan cabang ilmu
dalam masa yang begitu suntuk. 3 tahun belajo pun tak tentu lagi resultnya,
inikan pula belajo 5 bulan je..
Jadi,
esuk kalau keluar result dengan keputusan yang hambar, janganlah disalahkan pelajar
maupun cikgu, sebab mereka ni semua adalah umpama tikus makmal untuk di ujikaji
je.. yang patut dipersalahkan, dikutuk, dimaki, adalah policy maker, pengarah2
di jabatan pelajaran dan kementerian, ketua setiausaha, timbalan menteri, dan
khususnya menteri pelajaran.
Sebabnya?
Mereka ni sesuka hati je buat macam2 dasar dan program tanpa mengambil kira
beban kerja yang sedia ada di sekolah, dan kemudiannya dilambakkan ke sekolah
dengan harapan ia dilaksanakan, tapi yang diorang ni tak nak tenguk @ tak
sedar, terlalu banyak program, aktiviti, kursus, yang perlu dilaksanakan
hinggakan ia mendera pelajar dan guru. Pelajar dibebankan dengan macam2
kehendak: homework dh pasti la, folio, assignment, test, exam, aktiviti ko
seperti sukan, kelab persatuan, unit beruniform, yang berjalan sepanjang tahun.
Petang je suruh pelajar datang sekolah, sabtu pun gitu. Kalau pelajar datang
sekolah waktu begitu, cikgu pun kena datang jugak la.. setiap aktiviti pulak
mesti dihantar laporan bertulis. Macam la diorang (read: pihak pentadbir) nak
baca. Itu belum lagi dengan ‘e’ macam –macam. Segala-galanya nak online. Kali terakhir
gua siasat ada dua puluh perkara yang mesti di online kan.. dah la server macam
cilaka je, lembab nak mampus, siap ‘hang’ pulak lagi, semua perkara kalau minta
cikgu buat mesti nak segera dan mesti online. Ingat cikgu ni semua dok
terkangkang je ke, tak buat apa2? Kalau cakap diorang kat atas tu bodos, marah
pulak. Tapi hakikatnya memang gitu, diorang hanya mementingkan diri sendiri
saje.
Bila
mana sistem pendidikan dilacurkan, hancurlah masa depan anak bangsa. Contoh ketara
sekali adalah pt3 tu sendiri. Cikgu semua masih blur apakah dia pt3 ni masa
bulan mei jun, tetiba je datang pengedar buku kerja nak jual buku kerja pt3. Aik!!
Cikgu pun masih tertanya2 macamana bentuk pt3 ni, ni penerbit buku dah siap dah
dengan buku kerja semua subjek pt3 untuk dijual. Apa benda semua ni? Penerbit buku
pulak yang terima kursus awal, ek.. : (
Memang
gua dah bengang jadi cikgu, bukan sebab gua menyampah ngajo, tidak sama sekali,
sebaliknya gua suka sangat layan anak2 murid gua kt kelas dan sekolah, tetapi
sebabnya adalah sistem pendidikan yang huru hara, yang dh jadi biul @ bengong
al bangang, yang dah tak tahu hala tuju, yang dok menekan pelajar dan guru, walaupun retoriknya sembang kencang,
tapi bak kata orang putih empty vessel makes the loudest noise. Hampeh!
Disillusioned
is the word to sum up my feeling with regard to Malaysia education system.
No comments:
Post a Comment