Tiba
malam kelam
Teringat
siang panjang
Hanya kerna lara
Banyak
yang tak terlaksana
Tiba
hujung tahun
Terkenang
awal tahun
Banyak
merancang
Namun
banyak tinggal
Sekadar
merancang
Tiba
hujung usia
Terkenang
hari muda
Banyak
sia-sia
Pada
Tuhan pada semua
Tinggal
nyawa sedetik cuma
Datang
berulang
Dan
akhirnya terus pulang
Tinggal
kenangan
Ditelan
zaman
Guala!
julai '14
No comments:
Post a Comment