Cuti!!!
Memang
seronok, gua cakap lu.. ada ke cuti yang tak seronok? cuti kali ni jenuh jugak gua memikio nak ke mana. bukan apa, bu dget, beb! akhirnya gua pun decide setelah bincang & buat budget dgn missus, cuti kali
ni gua bawak family pegi kuantan. Tapi sebelum tu balik pj dulu la.. ahad pagi
lepas sarapan kat kedai dollah bt 8, (consisting of nasi lemak, roti bakar & half boiled eggs, washed down with teh tarik.. terbaek, beb!) terus cargas.. jumpa mem bos, tido sana semalam, meriah dengan diorang
la dulu, kan.. syukur Alhamdulillah diorang berdua sihat seadanya.. ingat nak
bawak balik ikan tilapia tapi tertinggal. Mujur la bawak kuini, pelam telur dan
nanas exotika. Seme tanam sendiri.. jangan marah, ha!
Sempat
jugak breakfast dengan hakam pagi isnin sebelum cargas..
Pukul 10
steng drive ke kuantan.. sampai sana kt town sesudah zohor.. terus stop kt
masjid untuk solat..
Kt masjid
tu punya la banyak kupu-kupu yang beso2.. rupanya orang kuantan pun tak pernah
mengalami pengalaman macam gini.. kira first time la.. beratus2, kalau pun tak
beribu2..
Seusai
solat kitorang pegi tanjung lumpur, cari kedai makan poksu & moksu peramu.
Orang kata sedap makanan kt situ, especially seafood. mmg betul pun..ada keropok lekor, satar, sotong & ikan salut tepung, akok, tepung pelita, nasi minyak.. oleh
kerana memang sedap, hari2 kitorang lunch kt situ je..
Pas makan
pegi teluk cempedak. Nostalgia, beb.. if you care to follow my blog, I did
write a posting on “terkenang..” in aug 2009 kot.. tulis nama atas pasir lagi sekali, tapi kali ni dgn anak2 pulak..
meriah jugak sebab tempat tu
memang indah, dan kebetulan banyaknya monyet.. cuak jgk, beb..
Dh jam 5
baru la kitorang check in kt swiss garden kt pantai balok.. budak2 terus tukar
baju terjun pool.. layan..
Malam dinner kt Pattani
restaurant, dan seperti lunch, kedua2 malam dinner kt sini.. memang terbaek!
Missus anak2 enjoy lunch & dinner diorang.. itu yg penting, kan..
The next day
hujan dari subuh sampai zohor, tak tipu! Lebat pulak tu.. ingatkan nak banjir dh.
mujur le tidak.. tapi sebab tak leh tahan, pukul 12 gua amik kete tengah2
hujan, amik family kt lobby dan cargas pegi town. Pas lunch, jalan2 kt eastcoast
mall. Kiranya shopping mall tersohor kt kuantan ni la..
Petang tu
anak2 dan papanya sekali terjun pool. Puas mandi pool, mandi laut pulak..
sempat jugak la layan abil & arief main beach soccer. Meriah aje!
Malam tu
pas dinner memang lepak je.. badan letih terus lena awal..
Pagi tadi
selepas sarapan, checkout jam 11. Pergi teluk cempedak untuk beli souvenier
sikit, lunch, dan terus menuju balik lekir. Akhirnya at half past six, kitorang
pun sampai di home sweet home..
Cuti ada
berbaki seminggu lebih lagi ni, tapi gua kena cargas ke kebun & sekolah
pulak.. for now, enjoy the moment, bak kata orang puteh..
1 comment:
I smiled reading this. Sounds really happy and meriah. I am glad you all had a good time :) Hope to see you all soon insyaa Allah.
Post a Comment