Saturday, February 8, 2014

sistem pendidikan yang bengap

letih! 
 masa sekolah nak bukak hari tu hujung disember tahun lepas,  mesti kena buat  meeting.. sampai dua hari pulak tu.. ngarut je  meeting lama2 ni.. tp tu pun kira nasib baik jugak la.. ada sekolah straight lima hari  meeting..  memang bengong bebeno pihak pentadbir tu.. time dulu gua  mula ngajo, 25 tahun yang lalu, (lama dah tu, ekk! tua, beb..) kalau sekolah nak bukak, bukak je la.. minggu pertama sekolah tu la kutip yuran, pelajar masuk kelas, pelajar dapat buku pinjaman, cikgu dan pelajar tune kepala @ get into the groove @  mood untuk ngajo dan belajo, elok je seme nya, takde pun berlaku huru hara.. ni sekarang ni dah  memang ngarut giler gua tenguk sistem pendidikan..  meeting  mesti sebelum bukak sekolah.. hari pertama wajib ngajo. tak leh kutip duit dari budak hari pertama, pegawai dari ppd akan datang pantau dan  macam2 cekadak la, senang cite.. .. gamaknya orang2 yang  menggubal dasar tu tak berpijak di bumi yang nyata kot.. atau pun sibuk nak ngampu, nak jaga tembolok  masing2 gamaknya..
 sekarang ni gua tengok sistem pendidikan dah jadi biul.. cikgu dipaksa datang hari sabtu hadir kursus sedangkan sabtu dan ahad adalah hari rehat @ hari bersama family @ hari nak buat hal sendiri.. ni ada je program nak suruh cikgu hadir.. macam la cikgu tu dah takde keje nak buat.. diorang ingat cikgu dok rumah terkangkang je kot hari sabtu ahad ni? cikgu pun ada life la, beb! bila gua tanya pengetua gua dulu, apasal kena ada kursus hari sabtu, dia khabo kononnya semasa seminar pengetua satu ketika dulu, ada seorang pengetua membangkitkan keluhan cikgunya yang tak berpeluang berkursus.. itulah kononnya sebab diadakan kursus hari sabtu @ LADAP ni..  memang le lebih kurang tujuh lapan kali je setahun tapi patutnya kursus diberi kepada mereka yang nak ngikuti kursus le.. ni tidak, wajib hadir semua guru.. banyak la dia punya hadir! kalau kita luahkan rasa tak puashati,  pentadbir kira nak ngugut je.. "dah sain akujanji, kan, kan.."  macam sial!

lain kali sambung, ekk..

No comments:

 

Bali Accommodation