Wednesday, December 25, 2013

cuti ni..



Cuti sekolah dah hampir ke penghujungnya, da! Aduss..

Masa awal cuti hari tu gua bz jaga exam SPM. Sampai awal Disember. Layan la jugak.. tapi yang tak seronoknya bila terkenangkan fatin yg  meninggal tu. Dh sampai janji, kan..

Celah-celah tu sempat la jugak ke kebun selabak mandah sg tiram dan kg gajah.. takde la buat apa sangat, sekadar  melawat kawasan je.. peh! Gaya ayat macam pengurus ladang aje, ek..
                                 Kebun sg tiram yang dulunya gua tanam kelapa pandan akhirnya gua sulam dengan anak sawit. Senang cite, habis cite, kan.. kelapa pandan tu jenuh jugak dijaga, gua cakap lu.. mana lagi kumbang, babi, lembu.. konklusinya gua tewas la.. dh tiga tahun, beb!  Jenuh sulam,  mati aje.. tapi ada lagi 45 pokok kelapa pandan yang tinggal. Idak le dibuang semenya..  nak jugak  merasa kelapa pandan tu.
 


Tiap2  minggu jugak mesti ke sangkar.  Meninjau, bagi ikan makan, pasang netting pellet, ikat tong, dan semalam seharian betulkan pago dan titi ke sangkar. Hujan hari tu banjir, beb,  terangkat sangkar.. terus senget bila air surut sebab terlekat kat tebing. Nak tak nak, paggil backhoe tanam besi @ galvanized iron sebagai penahan.. tu yang backhoe masuk sampai ke tebing, langgar habis pagar sedia ada, pokok nyiur, dan segala bagai.. iyekan aje le..

Selebihnya dok melepak rumah je.. cuti ni kira ada baik jugak sebab boleh bangun awal dan pastu bawak bertenang je.. takde nak rushing2..  malam je tido awal.. tu yag pakcik heran tu! Kiranya macam cover time sekolah dulu yang asyik tido lambat je..
Weekend je kenduri kawin.  tak payah masak la time weekend ni, kan.. : )


Kalau tak ke kebun atau sangkar, gua mesti layan pokok2 yang ada sekeliling  rumah. Pas lunch je layan cd yang nak tenguk dulu tapi tak dan..layan.. pastu lena lagi.. ahak!

Dua kali jugak dan balik pj. Awal cuti hari tu dan tengah bulan baru ni.. anak2 seme stay rumah tok bak dan tok mak diorang, tapi gua dan missus pegi Sarawak, gua cakap lu! Sebenonya nak bawak anak2 jugak tapi  MAS buat palat pulak! Nanti la gua story lain kalau ada kesempatan..

 Anak2 pegi national  museum, shah alam library, book access kat amcorp mall, tenguk wayang cite Frozen kat D’ Curve, swimming, seme tu atas ehsan uncle al dia. Celah2 tu pegi  makan kt   McD, KFC, AnW, dan kt rumah tok diorang jangan cite la, makan aje. Dekat se minggu jugak la diorang dok situ. Paling lama dalam sejarah hidup diorang gua rasa..
 
Gua pulak dengan  missus pegi Kg Budaya, pantai Damai, Fort Margherita, Gunung Santubong, Bako National Park, Muzium Sarawak, Kg Boyan pekena  mi  kolok, teh tiga lapis, dinner kat Satok, layan river cruise, jalan2 waterfront, Chinatown, shopping2.. kiranya  memang  meriah la bila dikenang2kan.. still,  my heart was with d children..


sebelum tu ada jugak ke KKB kenduri Farhan. though it was a modest affair i thoroughly enjoyed  myself. abang kak ezza  mak rubi  me n family  made up the crowd from our side of d family.

oh, i  managed to finish reading two novels. one was Life of Pi which i started  months ago. then i stopped before continuing reading and finishing it while invigilating the spm. pastu  dok usha2 dalam cabinet jumpa buku House Rules by Jodi Picoult. ida bought for me two birthdays ago rupa2nya. and this one i finished off within a week @ five readings kot..citenya  @ approach d author uses is different; writing from each individual perspective. ok jugak tu..
 

Hari ni pulak birthday missus, takde la buat apa2 special sangat pun, hanya pagi tadi sesudah subuh gua dah prepare breakfast, goreng sausage dan prepare bread n butter n jam je. Tengahari bako ayam dan missus buat spaghetti .

The previous day, kak long baked brownies. Kiranya  mewah la tu.. oleh kerana birthday Arief falls on d 1st Jan, dan time tu  mesti busy nganto abil dan iliya balik asrama, jadi kiranya celebrate sekali la tadi tu.  Mungkin esuk ke Domino’s belanja diorang  pizza pulak. Arief nak ikan laga je untuk hadiah harijadi dia.. nak letak kt bilik, katanya. insyaAllah esuk lusa b4 d 1st Jan, papa dia belikan..


Ni tinggal seminggu je saki baki cuti. Gua terkenang jugak nak ke Limau Kasturi dan Perasu. Tempat jatuh lagi dikenang, kan.. nak jumpa Ku n family, Mat Chok , ayahanda, fnd che man dll, pekena teh separuh, lepak tepi jalan keretapi dan melihat kembali sungai Nenggiri, dan jika berkesempatan boleh  menyusuri dan mandi2 seperti dulu, lebih 20 tahun yang lalu.. tenguk la esuk lusa apa cite, kan.. tie pun cakap dia nk datang kalau gua ke sana. Boleh jumpa, ekk..

To sum up, kejapnya cuti..       ;(


Layan..

No comments:

 

Bali Accommodation