Saturday, August 24, 2013

kalau kau tahu

Bunga-bunga yang berkembang itu rezeki,
Kalau kau tahu..
Bunga-bunga yang meluruh memenuhi rerumputan
Itu juga rezeki,
Kalau kau tahu..

Apatah lagi nafas yang kau sedut
Beribu-ribu kali sehari,
Pelbagai bentuk rupa warna-warni
Yang kau saksi,
Semuanya rezeki,
Kalau kau tahu..

Rasa di mulut,
Rasa di tangan,
Rasa di hati,
Rasa di seluruh
Anggota ini,
Tak pernah putus rezeki,
Kalau kau tahu..

Hujan panas,
Siang malam,
Silih berganti,
Mata memandang,
Telinga mendengar,
Mulut berbicara,
Limpahan rezeki,
Kalau kau tahu..

Yang cantik buruk,
Yang senang susah,
Yang sihat sakit,
Yang kaya miskin,
Rezeki terperi,
Kalau kau tahu..

Bila mati menjemput diri,
Itu baru takde dah rezeki,
Kalau kau tahu..

kutu

No comments:

 

Bali Accommodation