Soalan di atas, lazimnya
ditanya oleh salah satu dari dua orang berikut, sama ada dia memang tak tahu
dan inginkan jawapan, atau soalan perangkap ‘salafi’ (boleh bacasalah pi) yang
ingin menguji akidah ‘lawan’nya. Ini kerana mereka sudah meyakini bahawa Allah
Taala itu tempatnya di atas langit. Jika orang tersebut menjawab di atas
langit, dia akan berpuashati, tetapi jika orang tersebut menjawab di semua
tempat atau di mana-mana sahaja (seperti fahaman Muktazilah), maka dia akan
memerli dan memperbodohkan begini: “Walaupun di tandas?!”.
Sebenarnya soalan pilihan;
‘di atas langit atau di semua tempat’ seperti di atas adalah soalan bidaah.
Saya katakan ianya bidaah sayyi’ah (yang keji). Ini kerana ianya
telah menimbulkan terlalu banyak perbalahan dan sengketa sehingga kini. Maka
eloklah ditinggalkan sahaja pertanyaan bidaah tersebut. Ini kerana jawapan yang
pertama dan yang kedua adalah mustahil bagi Allah, selagi ia berhubung dengan
tempat, sepertimana yang akan diterangkan nanti. Allah Taala tidak berada di
tempat tertentu, sama ada atas, bawah, kiri, kanan, depan atau belakang. Ini
tidak bermakna Allah Taala itu ‘ma’dum‘ (معدوم)
yakni ‘yang ditiadakan’ (seperti ejekan setengah ‘ salafi’ pembidaah yang
jengkel), kerana Dia telah sedia ada wujud dengan zat-Nya. Begitu juga Allah
Taala tidak berada di semua tempat.
Jawapan Yang Sahih
Namun, pertanyaan; ‘di mana Allah?’ bukanlah bidaah. Ini kerana Allah Taala telah mengetahui tabiat manusia yang pasti akan bertanya soalan seperti itu. Dan Allah Taala tidak mahu umat Nabi Muhammad SAW ini menjadi sepertimana orang Yahudi dan orang Kristian yang beriktikad bahawa Allah Taala itu di atas langit dengan zat-Nya, lalu diturunkan anak-Nya ‘Uzair menurut Yahudi, dan Jesus (‘Isa) menurut Kristian, ke atas muka bumi, لا حول ولا قوة إلا بالله. Oleh kerana itu Allah Taala telah menurunkan jawapannya seperti berikut, firman-Nya dalam surah al-Baqarah:
Terjemahan: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku mudah-mudahan mereka menjadi baik serta betul”. (186)
Bagaimanapun jika mereka
tidak berpuashati dengan jawapan dari kalam Allah ini, katakanlah: Allah wujud
tanpa bertempat (الله موجود بلا مكان). Ini kerana
Allah Taala tidak memerlukan tempat (dan langit adalah termasuk daripada
tempat). Yang memerlukan tempat ialah makhluk. Dia-lah yang menciptakan tempat,
maka tempat adalah termasuk daripada makhluk. Allah Taala tidak memerlukan
apa-apa daripada makhluk-Nya dan tidak bergantung kepada mereka sedikitpun.
-pondokhabib-
No comments:
Post a Comment