Cuti sekolah dah hampir
ke penghujungnya, da! Aduss..
Masa awal cuti hari tu
gua bz jaga exam SPM. Sampai awal Disember. Layan la jugak.. tapi yang tak
seronoknya bila terkenangkan fatin yg meninggal
tu. Dh sampai janji, kan..
Celah-celah tu sempat
la jugak ke kebun selabak mandah sg tiram dan kg gajah.. takde la buat apa
sangat, sekadar melawat kawasan je..
peh! Gaya ayat macam pengurus ladang aje, ek..
Kebun sg tiram yang
dulunya gua tanam kelapa pandan akhirnya gua sulam dengan anak sawit. Senang
cite, habis cite, kan.. kelapa pandan tu jenuh jugak dijaga, gua cakap lu..
mana lagi kumbang, babi, lembu.. konklusinya gua tewas la.. dh tiga tahun,
beb! Jenuh sulam, mati aje.. tapi ada lagi 45 pokok kelapa
pandan yang tinggal. Idak le dibuang semenya.. nak jugak
merasa kelapa pandan tu.
Tiap2 minggu jugak mesti ke sangkar. Meninjau, bagi ikan makan, pasang netting pellet,
ikat tong, dan semalam seharian betulkan pago dan titi ke sangkar. Hujan hari
tu banjir, beb, terangkat sangkar..
terus senget bila air surut sebab terlekat kat tebing. Nak tak nak, paggil
backhoe tanam besi @ galvanized iron sebagai penahan.. tu yang backhoe masuk
sampai ke tebing, langgar habis pagar sedia ada, pokok nyiur, dan segala
bagai.. iyekan aje le..
Selebihnya dok melepak
rumah je.. cuti ni kira ada baik jugak sebab boleh bangun awal dan pastu bawak bertenang je.. takde nak
rushing2.. malam je tido awal.. tu yag
pakcik heran tu! Kiranya macam cover time sekolah dulu yang asyik tido lambat
je..
Weekend je kenduri
kawin. tak payah masak la time weekend ni, kan.. : )
Kalau tak ke kebun atau
sangkar, gua mesti layan pokok2 yang ada sekeliling rumah. Pas lunch je layan cd yang nak tenguk
dulu tapi tak dan..layan.. pastu lena lagi.. ahak!
Dua kali jugak dan
balik pj. Awal cuti hari tu dan tengah bulan baru ni.. anak2 seme stay rumah
tok bak dan tok mak diorang, tapi gua dan missus pegi Sarawak, gua cakap lu! Sebenonya
nak bawak anak2 jugak tapi MAS buat
palat pulak! Nanti la gua story lain kalau ada kesempatan..
Anak2 pegi national museum, shah alam library, book access kat
amcorp mall, tenguk wayang cite Frozen kat D’ Curve, swimming, seme tu atas ehsan uncle
al dia. Celah2 tu pegi makan kt McD, KFC, AnW, dan kt rumah tok diorang
jangan cite la, makan aje. Dekat se minggu jugak la diorang dok situ. Paling lama
dalam sejarah hidup diorang gua rasa..
Gua pulak dengan missus pegi Kg Budaya, pantai Damai, Fort Margherita,
Gunung Santubong, Bako National Park, Muzium Sarawak, Kg Boyan pekena mi kolok,
teh tiga lapis, dinner kat Satok, layan river cruise, jalan2 waterfront,
Chinatown, shopping2.. kiranya memang meriah la bila dikenang2kan.. still, my heart was with d children..
sebelum tu ada jugak ke KKB kenduri Farhan. though it was a modest affair i thoroughly enjoyed myself. abang kak ezza mak rubi me n family made up the crowd from our side of d family.
oh, i managed to finish reading two novels. one was Life of Pi which i started months ago. then i stopped before continuing reading and finishing it while invigilating the spm. pastu dok usha2 dalam cabinet jumpa buku House Rules by Jodi Picoult. ida bought for me two birthdays ago rupa2nya. and this one i finished off within a week @ five readings kot..citenya @ approach d author uses is different; writing from each individual perspective. ok jugak tu..
Hari ni pulak birthday
missus, takde la buat apa2 special sangat pun, hanya pagi tadi sesudah subuh
gua dah prepare breakfast, goreng sausage dan prepare bread n butter n jam je. Tengahari
bako ayam dan missus buat spaghetti .
The previous day, kak
long baked brownies. Kiranya mewah la
tu.. oleh kerana birthday Arief falls on d 1st Jan, dan time tu mesti busy nganto abil dan iliya balik asrama,
jadi kiranya celebrate sekali la tadi tu.
Mungkin esuk ke Domino’s belanja diorang
pizza pulak. Arief nak ikan laga je untuk hadiah harijadi dia.. nak
letak kt bilik, katanya. insyaAllah esuk lusa b4 d 1st Jan, papa dia
belikan..
Ni tinggal seminggu je
saki baki cuti. Gua terkenang jugak nak ke Limau Kasturi dan Perasu. Tempat jatuh
lagi dikenang, kan.. nak jumpa Ku n family, Mat Chok , ayahanda, fnd che man
dll, pekena teh separuh, lepak tepi jalan keretapi dan melihat kembali sungai Nenggiri,
dan jika berkesempatan boleh menyusuri
dan mandi2 seperti dulu, lebih 20 tahun yang lalu.. tenguk la esuk lusa apa
cite, kan.. tie pun cakap dia nk datang kalau gua ke sana. Boleh jumpa, ekk..
To sum up, kejapnya
cuti.. ;(
Layan..