Sunday, October 14, 2012

mangga week, kursus n cuti sekola..

Salam.
Dua minggu kebelakangan ni hari2  pelam telur kt pokok depan rumah tu ranum dan luruh buahnya. Biasa la tu, kan.. tapi yang luarbiasanya, pada gua la sekurang2nya, sehari mesti luruh 40-50 biji.. bayangkan dh lebih dua minggu tak putus2 luruh. Makan dh jenuh dh, bagi jiran2 pun dh, akhirnya sejak 1hb hari tu, hari2 gua bawak pegi sekolah barang 30-40 biji. Kiranya hari2 makan pelam telur dengan anak2 murid gua, khususnya yg rajin nyinggah bilik gua, dan kelas2 yg gua ngaja. Ada sehari tu, budak2 ni bawak pelam epal muda siap dengan pencicahnya @ colek lagi.. punya la banyak makan sampai berasa perut bergelora. Mujur keadaan terkawal.. hari di mana gua ngaja pj, pas main bola mesti lepak tepi padang dengan budak2 makan pelam. Peh! Nikmatnya tak tau nk cite, gua cakap lu..
Kt rumah pas makan nasi, mesti makan 6,7 biji sekali jalan. Tak la banyak mana bila dibandingkan saiznya dengan pelam chukanan, maha, harum manis dan lain2. Tapi manis2 masamnya memang tak leh dinafikan..
Ni dah tinggal last2 kopek je.. secara kasar punya cite dh dekat dua ribu biji kot buah yg dah luruh.. banyak tu, kan.. gua kenang2kan balik yang gua makan musim ni mau dekat dua ratus biji.. layan.. harap2 musim yang akan datang nanti sebanyak dan semanis ni jugak, insyaAllah.
-on d way to sg karangan-
Minggu yg baru sudah ni gua kena pegi kursus di PLGDP Sg Karangan Padang Serai Kedah. Gua pegi hari selasa pukul lima pagi. Budget 7steng sampai la kot sebab tenguk kt google map 190km je.. tapi setelah driving dan sesat sana sini, dekat pukul sembilan baru sampai. Tua, beb! Mula2 kursus tu memang blur segalanya.. tapi gua melayankan saja.. ingatkan hari khamis habis kursus nk jumpa la kaum dekat kedah perlis, tapi bila cal kaum, diorang semua bz; kena jaga exam pmr dll. Ada yg mesej langsung tak reply.. sabo je la.. terus gua balik dan tengahari tu dh sampai rumah.. walaupun pemergian selama 3 hari je, cukup dh untuk buat gua terkenang kt rumah, jadi, bliss rasanya bila sampai home sweet home.
Last Day of School by MackayPhotography
holiday time!
Sekolah pun tinggal sebulan tak sampai. Seminggu dua lagi budak2 exam. Pastu holiday! Memang tak sabo2 rasanya.. dalam kepala macam2 nak buat: pegi kebun, balik pj, shopping kt sogo, jalan2 limau mandi sungai, bawak arief berkhatan, projek ikan sangkar, dan mungkin nak tanam sawit je kt kebun kelapa pandan sg tiram gua tu.. tu tak masuk lagi nk melayankan family dan kepala sendiri, kan.. apapun, kita tunggu dan saksikan dan layankan segala yang mendatang.. kan, kan..

No comments:

 

Bali Accommodation