Tuesday, October 30, 2012
AES
KERAjaan ubn ni
bukannya nak mendengo suara rakyat marhaen. Wakil2 rakyat dh pun menyuarakan
agar perlaksanaan AES ditangguh dulu. Tapi KERAjaan buat bangang je, tetap
laksanakan. Berperingkat2 katanya.. kononnya KERAjaan tak keluar modal pun,
sebab diswastakan projek ni. Kalau tak
keluar modal pun, mesti dapat untung. Ye la, dasar penswastaan, kan. Mesti
win-win situation. Ada deme kata projection deme tu untung setahun adalah rm800
juta. Banyak tu, beb.. duit saman..
Kalau KERAjaan ni
ngajak golongan marhaen main kasar, memang nak boleh faedah sangat la nanti.
Baru-baru ni dah dua kamera dah terkehel kena langgar. Kononnya drebar
terperanjat silau flash kamera tu. Rasanya lepas2 ni
mau lagi ramai langgar kamera tu. Tak pun, ada yang akan sabotaj: langgar lari,
spraykan lens kamera tu, atau baraikan
je n bawak balik rumah buat cctv.
Kalau puak2 marhaen
buat giler macam gitu, KERAjaan jangan marah, ha! Yela, orang mintak elok2
taknak dengo, dapat le panggunya nanti.. amacam, ada berani?
Monday, October 29, 2012
last day of tashriq
Tiadalah Ibrahim diperintah Tuhan untuk mengorbankan Ismail melainkan sebagai mengorbankan segala-gala.
Dan tinggallah kecintaan terhadap Tuhan semata-mata.
Sunday, October 28, 2012
kicap kelantan terengganu
Salam.
Semenjak dua menjak ni makan nasi lalu je, (bukan la tak
lalu pun sebelum2 ni..) kiranya tambah nasi tak pernah miss pun.. tau kenapa?
Sebabnya ada budu lee.. kaum missus bagi sebotol baru2 ni, botol kecik je, tapi
dh kira ok sangat tu.. bila makan nasi ada je budu campur dengan cabai burung
dan bawang sikit, memang tak leh tahan, beb.. selera mesti membuak2 punya lah..
bukan takde lauk lain pun, tapi dh ada budu je dan dapat ikan goreng n
ulam-ulaman dh kira cantik sgt tu..
Tau tak kali pertama makan budu ni, sebenarnya gua tak tau
pun benda tu budu.. kisahnya macam gini..
Satu hari tahun ’88 gua pegi rumah kaum kt kg bukit
berangan, kuala Terengganu. Dok sana 2 malam kot.. satu malam tu masa makan gua
tenguk macam2 lauk ada, dan ada satu mangkuk dalamnya ada kuah coklat dengan
cabai burung dan hirisan bawang, gua dipelawa makan cicah ulam. Diorang tanya ok
tak? Ok la, gua jawab. Gua tanya amende tu, diorang khabo kicap ni, kicap
Kelantan Terengganu. Oh, kisahnya, sangka gua masa tu.. dh habis makan, dh
bawak bertenang, baru la kaum gua bgtau, tadi yang lu makan tu budu la, beb!
Sabo je la..
Dan sejak gua posting hujung tahun tu ke limau kasturi
sampai la sekarang, memang stok budu jarang bebeno putus.. tapi nak makan budu
ni seronoknya ada kaum.. baru la tak cukup nasi tambah. Pkena nasi 2, 3 pinggan
harus bersandar je la nanti.. jangan jadi ular sawa udah le..
Monday, October 22, 2012
Friday, October 19, 2012
berjauhan
Dalam keramaian
Riuh rendah
Aku keseorangan
Penuh gelisah
Di antara wajah
Tak bernama
Aku berserah
Aku merela
Kecoh anak
Lembut isteri
Suara dan gelak
Menusuk hati
Bila berjauhan
Walau seketika
Cukup mencengkam
Rindu pun tiba
ku2 PLGDP Sg Karangan 222pm 101012
Wednesday, October 17, 2012
Monday, October 15, 2012
Sunday, October 14, 2012
mangga week, kursus n cuti sekola..
Salam.
Minggu yg baru sudah ni gua kena pegi kursus di PLGDP Sg Karangan Padang Serai Kedah. Gua pegi hari selasa pukul lima pagi. Budget 7steng sampai la kot sebab tenguk kt google map 190km je.. tapi setelah driving dan sesat sana sini, dekat pukul sembilan baru sampai. Tua, beb! Mula2 kursus tu memang blur segalanya.. tapi gua melayankan saja.. ingatkan hari khamis habis kursus nk jumpa la kaum dekat kedah perlis, tapi bila cal kaum, diorang semua bz; kena jaga exam pmr dll. Ada yg mesej langsung tak reply.. sabo je la.. terus gua balik dan tengahari tu dh sampai rumah.. walaupun pemergian selama 3 hari je, cukup dh untuk buat gua terkenang kt rumah, jadi, bliss rasanya bila sampai home sweet home.
Sekolah pun tinggal sebulan tak sampai. Seminggu dua lagi budak2 exam. Pastu holiday! Memang tak sabo2 rasanya.. dalam kepala macam2 nak buat: pegi kebun, balik pj, shopping kt sogo, jalan2 limau mandi sungai, bawak arief berkhatan, projek ikan sangkar, dan mungkin nak tanam sawit je kt kebun kelapa pandan sg tiram gua tu.. tu tak masuk lagi nk melayankan family dan kepala sendiri, kan.. apapun, kita tunggu dan saksikan dan layankan segala yang mendatang.. kan, kan..
Dua minggu kebelakangan ni hari2 pelam telur kt pokok depan rumah tu ranum dan luruh buahnya. Biasa la tu, kan.. tapi yang luarbiasanya, pada gua la sekurang2nya, sehari mesti luruh 40-50 biji.. bayangkan dh lebih dua minggu tak putus2 luruh. Makan dh jenuh dh, bagi jiran2 pun dh, akhirnya sejak 1hb hari tu, hari2 gua bawak pegi sekolah barang 30-40 biji. Kiranya hari2 makan pelam telur dengan anak2 murid gua, khususnya yg rajin nyinggah bilik gua, dan kelas2 yg gua ngaja. Ada sehari tu, budak2 ni bawak pelam epal muda siap dengan pencicahnya @ colek lagi.. punya la banyak makan sampai berasa perut bergelora. Mujur keadaan terkawal.. hari di mana gua ngaja pj, pas main bola mesti lepak tepi padang dengan budak2 makan pelam. Peh! Nikmatnya tak tau nk cite, gua cakap lu..
Kt rumah pas makan nasi, mesti makan 6,7 biji sekali jalan. Tak la banyak mana bila dibandingkan saiznya dengan pelam chukanan, maha, harum manis dan lain2. Tapi manis2 masamnya memang tak leh dinafikan..
Ni dah tinggal last2 kopek je.. secara kasar punya cite dh dekat dua ribu biji kot buah yg dah luruh.. banyak tu, kan.. gua kenang2kan balik yang gua makan musim ni mau dekat dua ratus biji.. layan.. harap2 musim yang akan datang nanti sebanyak dan semanis ni jugak, insyaAllah.
-on d way to sg karangan- |
holiday time! |
Friday, October 12, 2012
Saturday, October 6, 2012
Wednesday, October 3, 2012
mimpi yang panjang
Orang itu pun mengambil gitarnya. Juga buku-buku lagu.
Lalu duduk dan menghidupkan rokok.
Gitar dipetik. Lagu m.nasir suatu masa, mustika memecah hening.
Ebiet g ade berita
untuk kawan dan nyanyian rindu.
Dada mula bertalu.
Redemption
song bob marley, I don’t
want her to talk about it, knife.
Kenangan lantas kembali:
Zaman sekolah, cherry boys bersama adik beradik berlima:
amir, mat, mye, dollah, ajak., n semua kaum yg lain.. pantai lido mpik, limau
kasturi dan sungainya, perasu yg dirindu, penang mai dengan kgm, sekolah sewaktu
bercanda bersama congregates..
Dan airmata pun mengalir,
Setelah sekian lama..
Terlalu banyak dikenang
Terus berlinang
Menghilang..
endings and beginnings
*‘All endings are also
beginnings. We just don’t know it at the time..’
*the five people you meet in heaven - mitch albom
Monday, October 1, 2012
cowardly ubn goonies
Najib and all his parliamentarian goonies
are ignorance, coward, and a fleet of empty vessels.
They had the chance to prove their
worth in *dewan rakyat today but embarrassingly,
The dogs got their balls. It’s just obvious
that they (read: ubn goonies) are a disgrace to themselves.
To najib razak, why is it so
difficult for you to make time to debate?
Scared, huh? Just admit la, don’t
make excuses. Shame on you, P….. M.
*1st sitting
in dewan rakyat after the budget 2013 presentation.
taking chances
i've been thinking a lot lately
about taking chances,
and how it's really just about
overcoming your fears.
because the truth is, every time you
take a big risk
in your life, no matter how it ends
up, you are always
glad you took it.
the fact is, i'm not getting any younger,
and death is just around the corner.
so, let's go for it.
cc tazkiyatun nafs
cc tazkiyatun nafs
happy birthday to two of the dearest people to me:
nia n ida
Subscribe to:
Posts (Atom)