petang tadi gua pegi ziarah mat @ samad. anak dia, abu zar, 10 tahun, meninggal 8.30 pagi. gua tak sempat nak datang paginya sebab kat sekolah, dan dapat berita pun dah dekat tengahari..
masa gua sampai rumah dia, ada la kaum lain jugak. mat ni karkun, yakni ahli jemaah tabligh. jadi, ramai kaum karkun selain qariah setempat yang datang.. gua jumpa mat, terus gua ucapkan kata2 yang memberi semangat agar dia tabah menghadapi hari ni. selepas dah cite gitu gini lebih kurang, gua pun tanya la cite tentang kematian anaknya. anak mat memang ada penyakit, on off, on off. tapi gua pun tak pasti la apa sebenonya sakit dia. time dia sihat, gua nampak la dia main dengan akak dia, ronda2 naik basikal.. tapi sejak kebelakangan ni, memang tak nampak. memang dia tak sihat.
mat cite yang malam tadi dia ajak family keluar pegi lumut, tapi abu zar tak nak pegi pada mulanya. abu zar pada pandangan zahir nampak semakin ok, malam pun tido dah kurang batuknya. kalau tak, malam2 nak tido batuk macam tak puas je, seoolah2 tak lepas je. tapi seminggu ni nampak kurang sikit.. balik dari lumut, abu zar cakap pada mak dan ayah dia yang dia minta maaf banyak2 sebab menyusahkan mak dan ayah, selalu minta begitu begini, dan macam2 lagi la. sebelum ni, tak pernah dia cakap macam tu.. sampai nangis2 la budak tu. bila mak ayah dia kata yang mereka maafkan dia dan tak berasa hati apa2 pun, abu zar pun berhenti nangis dan terus tido. dengan lenanya. takde batuk pun.. memang mat dan orang rumah dia perasan perubahan itu tapi mereka tak mahu bersangka apa2, memandangkan abu zar pun nampak semakin pulih..
mat memang niat nak hantar abu zar jadi hafiz. dah beli jubah, serban dan peralatan lain pun.. tinggal lagi nak tunggu abu zar sihat je..
esuk paginya, pagi tadi la, pas subuh, mat pun pegi niaga dengan orang rumahnya macam biasa. abu zar pun ikut sama, lepak kat kedai. mat niaga makan pagi dan tengahari.
mula2 semua ok je tapi pukul 8 mat tenguk mata abu zar dah naik ke atas, nafas dia pun tarik dalam2 dan dada dia berombak. apa lagi, mat dan orang rumah dia terus dakap abu zar masuk kereta dan bawak balik. sampai kat rumah, badan abu zar sejuk dah. nafas berombak. mat dilema samada nak bawak hospital atau sebaliknya. lalu, mat pun wuduk, solat hajat dua rakaat, dan berserah pada Allah. selepas tu dia pun baca yasin, dan pada ketika bacaan itu, abu zar pun pergi, kembali pada Allah.
gua dengar cite mat, gua pun jadi sebak. tapi gua tetap bagi semangat kat mat agar dia tabah.
mat hanya cakap yang dia harap anak dia dibangkitkan kemudian hari sebagai seorang hafiz.
insyaAllah.
1 comment:
sebak dada dan menitis air mata apabila membaca ni. tak dapat nak bayangkan perasaan kedua ibu bapanya. ucapan takziah buat keluarganya dan al-fatihah buat abu zar.
Post a Comment