Thursday, December 2, 2010

alam zahir batin

Salam.

tiga khamis yang lalu kali terakhir gua menulis, beb! Boleh tahan lama tu.. pakcik sibuk, nak buat macam mana, kan. Dunia, beb, layankan saja..

Sebenonya, memang dah niat pun nak bawak bertenang jap, ye la, nak meneroka alam.

Alam zahir dan batin.

Alam zahir gua sibuk pergi kebun, selang sehari sejak sebulan yang lalu gua cargas ke kebun seluas seekar setengah je, nanam nyiur pandan. Deme kata ada harga, lagi pun gua dapat subsidi dari pertanian, beb. Tak payah keluar modal, keluar kudrat je.. tapi modal tolak tanah bersih kawasan habis jugak la seribu..

Anak benih, baja, kawat duri, semenya deme bagi. Tanam aje la..


dari tapak semaian, gua bawak ke kebun untuk ditanam. Sekitar 150 pokok je..


Tadi pun pergi kebun lagi walaupun dah siap tanam. Adat orang berkebun gitu la, ada je keroje yang nak dibuat.. jalan ke kebun pagi2 memang syur.. sejuk, gua cakap lu.. berkabus hari-hari..








Selain dari berkebun, ada la lagi perkara yang gua melayannya..

anak2 gua, arief dan alisya, dua2 sekolah agama dapat nombor satu, gua pegi la tenguk majlis penyampaian hadiahnya, tumpang gumbira, alhamdulillah.. mak yam, adek bongsu bos gua, dan satu-satunya adik-beradik dia yang tinggal, dah meninggal baru ni tapi gua tak dan nak ziarah sebab hari sekolah... : ( rumput yang gua tanam pun dah berkembang biak. Celah2 tu, gua menanam pokok pelam epal dan nangka madu. siap prunning pokok kuini, rambutan dan mempelam lagi. Rumput dan pokok2 eksotik keliling rumah pun nak dilayan jugak.. jangan sampai tak terlayan, sudah.. rumah bos minggu lepas gua ziarah, sempena cuti sekolah. Dapat la anak2 gua pergi planetarium, muzium kesenian islam, masjid Negara, A&W, mandi pool kt rumah uncle dia, dan last kopek on the way balik, singgah rumah akak gua kat kkb. gitu la zahir gua lebih kurang..

Alam batin gua pulak menjelma bila malam tiba.





Isya’ dan subuh adalah masa bersamaNya, walaupun hakikat memang sentiasa bersama. Cuma tak peka. Jadi, malam selepas bermantul-mantulan, ghaib! Meneroka dan berkebun jugak, tapi dalam hati dalam belaian jiwa.

Menebas nafsu, menyemai benih2 kalamullah, menyiram saban hari dengan zikrullah tak berkesudahan, malam dan dinihari, melayan diri seadanya.. menggali, menyuluhi, memerhati, merasai, merasai.




dan yang gua cari adalah..



Gua mencari gua la! @ diri sebenar diri @ the other side of nk chai..








Layan….

No comments:

 

Bali Accommodation