salam.
semalam gua cite yang si pesu d fluffy rabbit dh hilang, kan.. semalam jenuh gua cari, dan hari ni pun masih terbayang2 di mana2..
nak jadi cite, tengahari td keluar ke manjung, nampak banner iklan jual arnab. bila gua amati, alamatnya sejalan rumah gua.. jadi, petang tadi gua pegi la ke alamat tu. rumah si ahmad rupanya, dan memang pun isteri dia membela arnab pelbagai baka. gua pegi dengan nia, anak bongsu gua..
sesampai je kt sana, berpuluh2 arnab kalaupun tak beratus arnab, dalam sangkar pelbagai saiz . memang geram2 tenguk arnab ni, beb. gebu2, comel2, ada yang bulu lebatnya sampai tak nampak mata, baka itali , baka turki, baka thailand dll. tinjau punya tinjau, tiba2 gua ternampak seekor arnab dalam sangkar. hanya dia je seekor kt situ. bila gua pegi dekat, terdetik dalam hati gua, "pesu!" tapi bila gua tanya baka apa ni, isteri ahmad macam tak pasti je.. dia pulak tanya gua, "ada bela arnab ke?" "ada, tapi semalam dh hilang tah ke mana. rupa dia sebiji macam yang ni," gua jawab. isteri si ahmad dengar je dan tak cakap apa..
gua memang yakin benar itu adalah pesu, tapi oleh kerana isteri ahmad tak cakap apa, takkan gua nak ngaku tu arnab gua, walaupun 99.9% sure.. balik tu gua story la kt missus gua n anak2. budak2 tu nk pegi tenguk la, tapi hari dh senja, jd gua cakap esuk je la.. tapi pada ketika tu, memang seolah tak keruan je gua rasa..
masuk rumah, mandi, solat dengan anak2, terus baca yasin, sebab malam jumaat, kan..
tengah baca yasin sampai kt ayat 82, sebut je kun fayakun, tiba2 loceng rumah berbunyi. rupa2nya isteri ahmad dengan anak dia datang hantar si pesu! anak dia cakap dia jumpa pagi semalam kt tepi jalan, dan terus bawa balik. dan katanya lagi, pesu dh kawin dengan seekor arnab betina baka itali. peh! tahap kegatalan yg begitu tinggi, ye, pesu..
alhamdulillah, gua terus sujud syukur semasa gua dengar missus gua sembang kt balkoni dengan isteri ahmad tentang si pesu.
Tuhan bagi gua cash, beb, sebab semalam lepas solat maghrib gua mohon khusus tentang si pesu. dan hari ni dapat apa yang di hajat.
inilah yang dikatakan pagi mencari petang mendatang.
syukur alhamdulillah!
Thursday, June 10, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
kehilangan suatu yg pedih beb!
~ itu pesu mau bini bro.. tihtihtih
alhamdulillah.. dapat balik si pesu tu ye!letak la gambar si pesu tu. nak berkenalan gak!
salam.
aku, gua dh ode bini untuk si pesu. baka siam punya, beb. kalau lu tenguk standard teddy bear..
deena, insyaAllah ada panggu dapatlah tenguk nanti, k..
Post a Comment