Masih adakah lagi
Cinta di atas cinta
Bagai
Langit di atas langit
Masih adakah lagi..
Masih bisakah menanti
Bagai
Pungguk rindukan bulan
Masih bisakah menanti..
Masih kasihkah lagi
Pada dia jauh di mata
Bagai
Ditelan kabus semalam
Masih kasihkah lagi..
Biarkan berlalu
Hari-hari kenangan
Biarkan berlalu
Mimpi-mimpi semalam..
Guala! 31 disember 2010
Kali ini tanpa kata ….
Kali ini tanpa kalimat …
Dan ALLAH lah satu satunya cinta..
*hening, entah sampai bila…*
Nukilan Rindu
Tanda Tanya
Sucikah putih
Hitamkah gelap?
Merahkah marah?
Bisukah diam?
Butakah pejam?
Hilangkah lenyap?
Sunyikah senyap?
Lukakah perih?
Tangiskah sedih?
Salahkah salah?
Benarkah benar?
Hidupkah hidup?
Matikah mati?
written by -khansanailah- in the year 2005
new year's eve
Malam tahun baru
Ramai orang jadi hantu
Ramai orang haru biru
Ke hilir ke hulu
Tak pasti mana nak melulu
Malam tahun baru
Tah apa yang disambut tak tau
Yang pasti melalak tak tentu
Di tengah kota ramai bertemu
Nak meriah, tak gitu?
Malam tahun baru
Lagi baik dok diam membatu
Ada rezeki boleh bertemu
Dengan si Dia yang selalu di rindu
Guala! End of d year poem 2010