Wednesday, September 30, 2009

hari-hari yang berlari..

hari-hari,
berlari dan terus berlari,
tanpa henti-henti,
tanpa henti-henti..
kita jua,
turut sama,
dalam perlarian ini,
suka atau benci,
bukan alasan,
untuk perlarian,
dihentikan..
adakah kita berlari
dari sesuatu?
adakah kita berlari
menuju sesuatu?
yang pasti,
hari-hari
tetap berlari,
selagi nafas ini,
naik turun di dada insani..

Tuesday, September 29, 2009

-hakikat nikmat-






salam.
kegembiraan, kesenangan, kesihatan yg baik, dan pelbagai perkara yg positif adalah dianggap sebagai nikmat. sebaliknya, kesedihan, kesusahan, sakit, dan lain2 yg negatif dianggap sebagai bala @ kepayahan. lantaran manusia itu terlalu jahil, maka diklasifikasikan keadaan2 itu mengikut nafsu mereka, lantas terjadilah nikmat dan bala.
namun hakikatnya, segalanya adalah nikmat belaka kalau manusia itu memerhatikan dengan bersungguh2. segala2nya adalah nikmat pada hakikatnya kerana Dia memberi kita rasa pelbagai perkara. umpama nikmat sakit itu adalah bila kita ditimpa kesakitan, maka pastinya kita akan bersyukur bila kesihatan kita pulih seperti sedia. tanpa merasai sakit, sukar untuk bersyukur @ berterimakasih atas kesihatan yg diberi. begitu juga bila kesedihan berlaku, ia sebenarnya adalah nikmat bagi mereka yg mengerti, kerana bila kegembiraan menjelma, pasti akan berasa seronok @ bersyukur yg teramat sangat.
begitulah jugak dengan sakit perut dan kentut, nikmat yg teramat bila dihalusi. ye la, kalau tak sakit perut, tiba2 'melepas' dalam seluar, macam mana nak jawab?
contoh yg paling mudah adalah bila makan ubat, mestinya pahit, dan tidak dianggap nikmat, namun itulah yg terbaik sebenarnya.
kesimpulannya, segala yang mendatang adalah nikmat lantaran ia datang dari Dia. Maka jika lain kali berasa nak marah, tak puas hati, dan pelbagai persepsi negatif, cubalah lihat di sebaliknya kerana nescaya disebalik yg negatif, ada baiknya.
bak kata pepatah inggeris, in a dark cloud there is a silver lining.. gitu2lah bunyinya.

layan..

Monday, September 28, 2009

Hikmah Puasa Enam

Bahang sambutan ‘Idilfitri masih terasa. Dalam usaha meningkatkan amalan berterusan selepas Ramadhan, umat Islam sangat dianjurkan untuk terus berpuasa pada Syawal tetapi cuma enam hari sahaja, yang dikenali sebagai puasa enam.
Hikmah atau rahsia puasa enam hari pada bulan Syawal adalah untuk mendidik kesabaran insan, sekali gus tidak menjadikan Hari Raya sebagai tempoh untuk membalas dendam iaitu dengan mengambil pelbagai makanan lazat yang terhidang sepuas-puasnya selepas sebulan berpuasa.
Ia juga akan memberi kesempatan kepada tubuh badan kita untuk menyesuaikan diri sesudah dilatih sebulan penuh menahan lapar dan dahaga. Justeru diutamakan puasa enam bermula pada 2 Syawal.
Namun begitu, puasa sunat enam itu boleh dilakukan pada mana-mana hari sepanjang bulan Syawal samada secara berterusan atau pun berselang seli. Namun, afdhalnya ialah pada Hari Raya Kedua dan dilakukan pula secara berterusan sehingga hariraya ketujuh.
Kelebihan orang yang melakukan ibadat ini diterangkan dalam sebuah hadith daripada Abu Ayub al-Ansari bahawa Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud:
“Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian mengiringinya dengan puasa enam hari pada Syawal, adalah puasanya itu seperti puasa sepanjang masa.” – (Hadith Riwayat Muslim)
Hadith itu menjelaskan jika kita berpuasa pada Ramadhan dan diikuti pula dengan puasa sunat enam pada Syawal, seolah-olah kita berpuasa sepanjang masa, iaitu selama satu tahun.
Justeru, umat Islam perlu merebut peluang ini kerana kelaziman amalan sunat dilakukan bertujuan menampal sebarang amalan yang berkurangan atau cacat dalam amalan fardhu.
Barangkali ada kemungkinan amalan puasa kita pada Ramadhan berkurangan atau pun cacat sedikit, maka puasa enam Syawal adalah sebagai penampal terhadap kekurangan atau kecacatan itu. Bagi wanita yang tidak dapat berpuasa penuh pada Ramadhan, maka puasa enam memberi peluang yang baik kepada mereka untuk menggantikannya di samping mendapat pahala puasa sunat. Ia juga dapat mengelakkan budaya atau sikap suka melewat-lewatkan qada puasa sehingga Ramadhan hampir menjelang pada tahun akan datang.
Pelbagai ganjaran dan kelebihan yang diperoleh umat Islam jika mereka merebut peluang melaksanakan puasa enam pada Syawal ini. Imam Ahmad dan An-Nasa’i, meriwayatkan daripada Tsauban, Rasulullah SAW, bersabda yang bermaksud:
“Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) 10 bulan sedangkan puasa enam hari (pada Syawal, pahalanya) sebanding dengan (puasa) dua bulan, maka itulah bagaikan berpuasa selama setahun penuh.” – (Hadith riwayat Ibnu Khuzaimah & Ibnu Hibban)
Daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:
“Siapa berpuasa Ramadhan, lantas disambung dengan enam hari pada Syawal, maka dia bagaikan berpuasa selama setahun.” – (Hadith riwayat Al-Bazzar).
Pahala puasa Ramadhan yang dilanjutkan menyamai pahala puasa satu tahun penuh. Ini kerana setiap hasanah (kebaikan) diberi ganjaran 10 kali ganda, seperti disentuh dalam hadith.
Membiasakan puasa selepas Ramadhan memiliki banyak manfaat, di antaranya:Puasa enam hari pada bulan Syawal adalah pelengkap dan penyempurnaan pahala daripada puasa setahun penuh;
Puasa Syawal dan Sya’aban bagaikan solat sunat rawatib, dan berfungsi sebagai penyempurnaan daripada sebarang kekurangan. Perkara ini kerana pada hari qiamat, perbuatan fardhu akan disempurnakan (dilengkapi) dengan perbuatan sunat.
Seperti keterangan Rasulullah SAW dalam beberapa riwayat, majoriti puasa fardhu yang dilakukan Muslimin memiliki kekurangan dan ketidaksempurnaan dan keadaan ini memerlukan sesuatu bagi menutup dan menyempurnakannya.Membiasakan puasa selepas Ramadhan menandakan diterimanya puasa Ramadhan.
Segala amalan yang dikerjakan oleh seseorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT pada Ramadhan tidak akan terputus dengan berlalunya bulan Ramadhan yang mulia ini, selama dia masih hidup.

wallahualam.

copyright controlled- adapted version

Saturday, September 26, 2009

cite takbir raya..

salam.
cite raya sikit..
bila sebut raya, mesti ada takbirnya, kalau tak, tak raya la namanya..
ada satu kisah ni, beberapa tahun yg lalu terjadi. mamat sorg ni pegawai tldm. nak jadi cite,
raya tahun tu dia kena bertugas atas kapal. jadi pada pagi raya, sementara nak solat sunat eidul fitr, mereka bertakbirlah. oleh kerana mamat ni pegawai, dia diberi keutamaan untuk mengepalai takbir.
samapi je turn dia takbir, dia dengan tenangnya mengalunkan takbir. bila tiba part solo dia pun mengalunkan,
"Allahuakbar kabiran walhamdulillahikasiran wasubhanallahibuqratauwa'asilah".
terus disambungnya, "wajjahtuwahiyalilalzi fatarassama watiwalarda..." sampai ke habis.
para makmum yang ada dalam surau kt kapal tu pakat gelak, tapi yg bengongnya mamat sorg ni tak prasan pun yg dia dok baca doa iftitah. sabar je la..

d moral of the story: kalau tak tau @ jahil, mengaku je la, jgn nak berlagak pulak. macam gua yg sememangnya jahil lagi fakir.. selamat!

Thursday, September 24, 2009

salam eidul fitr

salam eidul fitr.

sudahkah kita berjaya mensucikan diri?
kalau ya, syukur alhamdulillah.
kalau tidak, sabar, dan syukur alhamdulillah.
kalau tak pasti, berhenti jadi oranglah..

iyekan je.

Thursday, September 10, 2009

caraku merasakanMu..



Tuhan..
bolehlah kelak aku bisa…
tak lagi mengingatMu
tak lagi mengenaliMu
tapi aku merasakanMu

dalam degub jantungku
pompa paruku
tarikan nafasku
kerling mataku
dengar telingaku
kecup bibirku
langkah kakiku
dekap tanganku
suluruh getaran tubuhku

Tuhan
bolehlah kelak aku bisa
tak lagi banyak atribut untukMu
tak lagi banyak ribut atas namaMu

tapi aku merasakanMu

bersama semua ciptaanMu
di muka bumi ini…
di air, di darat dan di udaraMu
di seluruhMu
maka ketika semua itu satu
aku adalah bagaimana Engkau kurasakan
.
boleh ya?

plis????

.


salam
anis

Wednesday, September 9, 2009

-waham-

salam.
Umumnya kita mencari jalan menuju Tuhan dengan membawa kriteria kita sendiri. Seorang mursyid haruslah berwajah cerah, berseri, tampak belas kasihan, dan sebagainya. Kita membawa waham kita sendiri dalam mencari pembimbing. Mungkin penampilannya berjubah dan berjanggut, atau apapun lah, yang biasa kita kaitkan dengan penampilan seorang ’soleh’.

Sahabat, jika sekarang, misalkan di pasar dekat rumah kita, ada seorang yang penuh penyakit kulit. Penampilannya menjijikkan. Kemana-mana dirubungi lalat dan belatung. Ia tinggal di rumah buruk seorang diri. Jika ia mengatakan bahwa ia membawa risalah Allah, maukah kita mengikutinya? Mungkin tidak, karena penampilannya sangat jauh dari ’soleh’.

Seorang tua yang hidup di tepian padang gersang, menggembala kambing-kambingnya. Setiap hari hanyalah berternak, dan menimba sumur untuk ternaknya. Hidup di pondok, jauh dari kota. Miskin, tua renta. Tidak punya apapun yang mampu ditawarkan. Jika ia mengatakan bahwa ia boleh membimbing anda menuju Allah, apakah anda mau menjadi muridnya?

Seorang anak muda pendiam, bergaul seperlunya saja, tidak suka ‘lepak-lepak’. Kerjanya merenung. Alim, tapi pendiam. Sering pergi memencilkan diri ke pinggir kota. Anak muda itu secara tiba-tiba menikahi janda tua yang sangat cantik dan kaya, dan ia pun mendadak menjadi kaya raya pula karenanya. Lalu ia mengatakan bahwa ia telah bertemu malaikat, dan mengatakan bahwa anda harus mengikutinya agar selamat. Ikutkah anda?

sahabat, ketahuilah anda tamsilan di atas adalah merujuk kepada Nabi Ayub, Nabi Syuaib, dan Rasulullah saw sendiri. bagaimanakah asalnya tanggapan kita pada mula kita membaca tentang kisah2 ringkas di atas? tidakkah dalam fikiran kita bermain bermacam tanggapan? Siapakah kita, yang berani menentukan kriteria kekasih Allah? Dia berhak menyukai siapa saja, sesuka-Nya. Mengatur para kekasihNya berpenampilan seperti kehendakNya. Kenapa kita berani mengatur, apalagi dengan standard yang kita buat sendiri, bahwa seorang kekasih Allah pastilah berseri-seri, ramah, selalu tersenyum? Berjubah, atau berjanggut? Pasti hidupnya berhasil secara duniawi maupun ukhrawi? Alangkah sombongnya dan bodohnya kita.


“Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk. Dan barangsiapa yang disesatkanNya, maka kamu tak akan mendapatkan ‘Waliyyan Mursyida’ (seorang pemimpin yang dapat memberi petunjuk).” (Surah al-Kahf: ayat17)


“Dan ikutilah orang-orang yang tiada minta balasan kepadamu; dan mereka adalah ‘muhtaduun’ (orang yang tetap diatas petunjuk)” (Surah Ya-sin: ayat21)

wallahualam.

-inspirasi suluk-

Monday, September 7, 2009

Kembali Kepada Allah

Jika engkau belum mempunyai ilmu, hanyalah prasangka,
maka milikilah prasangka yang baik tentang Tuhan.

Begitulah caranya!

Jika engkau hanya mampu merangkak,
maka merangkaklah kepada-Nya!

Jika engkau belum mampu berdoa dengan khusyuk,
maka tetaplah persembahkan doamu
yang kering, munafik dan tanpa keyakinan;
karena Tuhan, dengan rahmat-Nya
akan tetap menerima mata uang palsumu!

Jika engkau masih mempunyai
seratus keraguan mengenai Tuhan,
maka kurangilah menjadi sembilan puluh sembilan saja.

Begitulah caranya!

Wahai pejalan!
Biarpun telah seratus kali engkau ingkar janji,
ayolah datang, dan datanglah lagi!

Karena Tuhan telah berfirman:
“Ketika engkau melambung ke angkasa
ataupun terpuruk ke dalam jurang,
ingatlah kepada-Ku,
karena Aku-lah jalan itu."

—Jalaluddin Rumi—

Sunday, September 6, 2009

Syukur!



salam.
dan bilamana kita bersungguh meminta padaNya,
nescaya akan dimakbulkan permintaan itu.
Alhamdulillah, tidak terkata syukur
padaNya. sememangnya baraqah di bulan
ramadhan melampaui
segalanya.
mungkin lu orang tak pasti apa yg gua
maksudkan ini, tapi insyaAllah, akan gua kongsi bersama
bila keadaan mengizinkan.
yg pasti, Allah mendengar rintihan hati
di malam hari,
tika diri sendiri,
bersama Empunya Diri..

Saturday, September 5, 2009

tentang tauhid..

Dari Al-Mauqif wal Mukhatabah, Imam An-Niffari,(dikutip dari sebuah catatan dari Zamzam Ahmad Jamaluddin).
Allah swt berseru kepada hamba-Nya:
Wahai hamba! Engkau tidak memiliki sesuatu pun, kecuali apa-apa yang telah Aku kehendaki untuk menjadi milikmu. Tidak juga engkau memiliki dirimu sendiri, karena Akulah Penciptanya! Tidak pula engkau sekedar memiliki jasadmu, karena Aku Sang Pembentuknya! Hanya dengan Pertolongan-Ku engkau dapat berdiri, dan dengan Kalimat-Ku engkau hadir di dunia ini.
Wahai hamba, katakanlah “Tiada Tuhan melainkan Allah!”, kemudian tegaklah berdiri di jalan yang benar, maka tiada Tuhan melainkan Aku! Dan tiada pula wujud yang sebenarnya wujud, kecuali untuk-Ku! Segala sesuatu yang selain Aku adalah dari buatan Tangan-Ku dan dari tiupan Ruh-Ku.
Wahai hamba! Segala sesuatu adalah kepunyaan-Ku, bagi-Ku, dan untuk-Ku! Jangan sekali-kali engkau merebut apa yang menjadi kepunyaan-Ku!
Kembalikan segala sesuatu kepada-Ku, niscaya akan Kubuahkan pengembalianmu dengan Tangan-Ku, dan Kutambahkan padanya dengan Kepemurahan-Ku. Serahkan segala sesuatu kepada-Ku, niscaya Kuselamatkan engkau dari segala sesuatu!
Ketahuilah, bahwa hamba-Ku yang terpercaya adalah yang mengembalikan segala sesuatu selain-Ku kepada-Ku! Tengoklah dengan pandangan tajam kepada-Ku, bagaimana cara-Ku melakukan pembagian, niscaya engkau akan melihat pemberian dan penolakan merupakan dua bentuk yang dinamakan, agar dengan demikian engkau dapat mengenal-Ku!
Hai hamba! Sesungguhnya engkau telah melihat Aku sebelum dunia ini terhampar, dan engkau mengenal siapa yang engkau lihat. Dan hanya kepada-Ku lah engkau akan kembali!
Kemudian Aku ciptakan segala sesuatu untukmu, dan Aku labuhkan tirai hijab atasmu, lalu engkau pun terhijab dengan tirai wujudmu sendiri, kemudian Aku menghijab engkau dengan diri-diri yang lain, yang mana diri-diri yang lain itu menyeru kepadamu dan kepada dirinya sendiri, dan kesemuanya itu menjadi hijab terhadap Aku!
Setelah semua hal itu, Aku pun akan kembali Dzahir, dari balik semua itu Aku akan memperkenalkan Diri-Ku. Aku katakan kepadamu, bahwa Aku-lah Sang Khaaliq, Aku-lah yang menciptakan segala sesuatu, dan bahwasanya Aku telah menjadikan engkau sebagai khalifah atas kesemuanya itu. Dan ketahuilah, bahwa semua hal itu hanyalah amanah atasmu, dan diwajibkan atas setiap pengemban amanah untuk mengembalikannya!
Maka telitilah dirimu, setelah engkau mempercayai-Ku, sudahkah engkau mengembalikan segala sesuatu itu kepada-Ku? Sudahkah engkau memenuhi perjanjian yang telah engkau buat dengan-Ku?
Hai hamba! Aku ciptakan segala sesuatu itu untukmu, maka bagaimana Aku akan rela kalau engkau peruntukkan dirimu bagi sesuatu itu! Sesungguhnya Aku melarang engkau untuk menggantungkan dirimu kepada sesuatu itu, karena Aku Maha Pencemburu padamu!
Hai hamba! Aku tidak rela engkau peruntukkan dirimu bagi sesuatu, walau harapanmu akan sorga sekalipun, karena Aku ciptakan engkau hanya untuk-Ku, di sisi yang tiada sisi, dan di mana yang tiada mana!
Aku ciptakan engkau atas pola Citra-Ku, seorang diri, tunggal, mendengar, melihat, berkemauan serta berbicara. Dan Aku jadikan engkau berkemampuan untuk mentajalikan Nama-nama-Ku, dan tempat untuk Pemeliharaan-Ku.
Engkau adalah sasaran Pandang-Ku! Tiada dinding penghalang yang memisahkan antara Aku dan engkau! Engkau adalah kawan duduk semajelis dengan-Ku, maka tiada pembatas antara Aku dan engkau
Hai hamba! Tiada diantara Aku dan engkau, antara. Aku lebih dekat kepadamu dari dirimu sendiri, Aku lebih dekat kepadamu dari ucapan lisanmu, maka pandanglah kepada-Ku, karena Aku senang memandang kepadamu.

suluk= keberserahdirian

Friday, September 4, 2009

Tuhan memberi apa yg kita perlukan..

salam.

Kyai Irfan Hilmi pernah memberikan nasihat kepada muridnya bahwa dalam mengkabulkan doa hamba-Nya yang saleh dan dicintai-Nya, Allah akan memberikan apa yang diperlukan olehnya, bukan apa yang diinginkannya. kata kyai, Allah mengetahui apa yang sebenarnya diperlukan manusia, sedangkan manusia hanya memiliki segudang keinginan tanpa tahu pasti apa sebenarnya yang diperlukan olehnya dalam hidup di dunia.
Oleh karena itu, apapun bentuk jawaban Allah terhadap doa-doa yang kita mohonkan kepada-Nya, selayaknya disyukuri dan diiringi prasangka baik terhadap-Nya. Sekali lagi, jika Allah tidak mengkabulkan doa persis seperti apa yang kita minta, hal tersebut bukan berarti Allah tidak menjawabnya. Allah menjawab setiap doa, namun dalam jawaban yang bentuknya “lain”.
Sebagai bahan perenungan, ada baiknya kita menyemak kisah di bawah ini.

Diriwayatkan bahwa nabi Musa AS memiliki ummat yang rata-rata berumur panjang dan jumlah ummatnya sangat banyak. Sebagaimana layaknya sebuah bangsa, di antara ummat nabi Musa as. ada yang hidupnya berkecukupan, bahkan lebih, ada pula yang miskin.
Pada suatu ketika Nabi Musa didatangi oleh seseorang yang miskin. begitu miskinnya, ia mengenakan pakaian yang lusuh dan compang-camping. Si miskin itu kemudian berkata kepada Nabi Musa AS, “Wahai Nabiyullah Musa, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku ini agar Allah SWT menjadikan aku orang yang kaya.”
Nabi Musa AS tersenyum mendengar permintaan si miskin, kemudian berkata kepada orang tersebut, “saudaraku, perbanyaklah bersyukur kepada Allah SWT.” Si miskin tentu saja terkejut dengan jawaban Nabi Musa yang pendek itu. Dengan kesal ia berkata, ”Bagaimana aku boleh banyak bersyukur, sedangkan untuk sekedar makan saja aku kesulitan, pakaian yang aku gunakan pun hanya satu lembar ini saja!”. Akhirnya si miskin itu pulang tanpa mendapatkan apa yang diinginkannya.
Beberapa saat kemudian seorang kaya datang menghadap Nabi Musa AS. Orang tersebut bersih badannya juga rapi pakaiannya. Ia berkata kepada Nabi Musa AS, “Wahai Nabiyullah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku ini agar aku dijadikannya sebagai orang yang miskin, terkadang aku merasa terganggu dengan hartaku itu”.
Nabi Musa AS pun tersenyum, lalu ia berkata, “wahai saudaraku, mulai saat ini engkau jangan bersyukur kepada Allah SWT”.
“Wahai Nabiyullah Musa, bagaimana aku tidak bersyukur kepada Allah ‘Azza wa Jalla telah memberiku mata yang dengannya aku dapat melihat. Telinga yang dengannya aku dapat mendengar. Allah SWT telah memberiku tangan yang dengannya aku dapat bekerja dan telah memberiku kaki yang dengannya aku dapat berjalan. Jadi bagaimana mungkin aku tidak mensyukurinya” jawab si kaya itu.
Akhirnya si kaya itu pun pulang ke rumahnya. Selanjutnya apa yang terjadi? Yang kemudian terjadi adalah si kaya menjadi semakin kaya karena ditambahkan kenikmatannya oleh Allah SWT karena ia selalu bersyukur. Sedangkan si miskin menjadi bertambah miskin. Allah SWT mengambil semua kenikmatan-Nya sehingga si miskin itu tidak memiliki selembar pakaianpun yang melekat di tubuhnya. Ini semua karena ia tidak mau bersyukur kepada Allah SWT.

Hikmah dari kisah ini adalah, seseorang yang mampu mensyukuri setiap nikmat yang telah Allah berikan kepada dirinya akan menjadikan dirinya sebagai orang yang dapat menikmati hidup. Sebaliknya, seseorang yang tidak mau bersyukur sama halnya dengan orang yang telah menjerumuskan dirinya kepada keadaan yang serba sulit dan menutup pintu rahmat Allah, lebih dari itu orang yang tidak pandai bersyukur akan menjadi orang yang sukar menikmati hidup, sekaya atau semiskin apapun hidupnya.

Aula Hikmah-kang ram

Wednesday, September 2, 2009

santapan jiwa..

salam.
segalanya mempunyai rahsia. yang ingin dikongsikan di kesempatan ini adalah rahsia solat.
solat memiliki bentuk gerakan khusus pada zahirnya, yakni berupa tatacara n semacamnya,
tetapi juga pada batinnya, yakni niat.
niat adalah kebangkitan ruh menuju al-Haq.
hukum, syarat, adab, n juga sunnah solat telah ditetapkan demi mencapai rahsia solat.hal2 ini merupakan kaedah persiapan dan pendukung.
waktu paling utama untuk mencapai rahsia solat adalah dinihari, kerana pada waktu itu keracunan n pengaruh siang @ duniawi sudah tidak ada, sisa2 keletihan awal malam telah hilang. seperti firman Allah:
Sesungguhnya bangun pada waktu malam adalah lebih tepat untuk khusyuk dan bacaan pada waktu itu lebih berkesan. surah al-Muzzammil ayat 6.
solat adalah langkah pertama untuk mencari teman agar setelah itu langkah2 berikutnya dimulai dengan ditemani. setelah teman didapati, akan tampak jelas bahawa Hadirat Kekasih ternyata ada bersama si mushalli, menemaninya. tetapi si mushalli tidak melihatnya, bahkan memanggil2 dari jauh, "ya Allah." keadaan ini betul sebagai sumber mencari petunjuk, bahkan banyak hasil boleh didapati dari solat sebegini. contohnya sampai ke maqam terpuji @ maqam al-mahmud. seperti mana sabda Rasulullah saw:
dan pada sebahagian malam, hendaklah kamu bertahajud sebagai ibadat tambahan bagimu. mudah2an Tuhanmu mengangkatmu ke maqam terpuji.
dikhususkan solat malam kepada Nabi saw dan dianjurkan solat tersebut kepada orang lain. diriwayatkan oleh Imam al-Hasan al-Askari as:
Sampai kepada Allah merupakan safar yang hanya boleh dicapai dengan mengendarai malam.
sampai ke pertemuan dengan al-Haq adalah hal yang mungkin, bukan mustahil. sampai kepada Allah diperolehi dengan gerakan dan perjalanan batin, bukan dengan diam dan membatu.
teman perjalanan dalam semua perjalanan kebatinan-yang mula maupun yang akhir-hanyalah Allah. Kekasihku adalah teman perjalananku, dan Dia juga jalan itu. dengan itu, segala sesuatu selain Allah adalah kesesatan;
maka tidak ada sesudah kebenaran itu selain kesesatan. surah Yunus ayat 32.
siapapun yang tidak termasuk ahli solat, tentu tidak memiliki perjalanan mendaki, bahkan ia terus menerus ditimpa kesesatan dan kebingungan;
mereka akan berputar-putar kebingungan di bumi. surah al-Maidah ayat 26.

fahamkanlah! renungkanlah!

InsyaAllah, di lain bicara pula kita bersua.

disimpulkan dari kitab Sirr as-Shalah, karya Imam Ruhullah al-Musawi al-Khumaini, bahagian penghantar.
 

Bali Accommodation