Saturday, June 27, 2020
ye betul
Thursday, June 25, 2020
maqtub
Kapan kan
kau merayu pada Tuhan?
Perlu! Apa
yang kau tunggu?
Bangkitlah
di hening malam,
Ruku’lah,
Hamparkan
wajah mu ke tanah,
Dan lewati dengan airmata hati.
Hati itu
jauh lebih hebat dari syurgawi,
Maka apa
yang kau ragui?
Apa perlu
dunia ini menjadi penjara?
Gembiralah
mereka yang lena,
Tapi hati berjaga.
Meranalah
mereka yang terbuka mata,
Tapi hatinya
mati.
Usah berduka
jika gelap
Masih panjang,
Kerna jika
gelapnya panjang
Hati kan
menjadi terang
Dan luas
terbentang.
Maqtub! Huwa
nkc -di skola
td 1.23pm
*maqtub = it is written
Monday, June 1, 2020
zikrullah

"Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan DIA dan DIAlah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat" As-Syura 42 : 11
“Perumpamaan orang yang ingat akan Rabb (Tuhan)-nya
dengan orang yang tidak ingat Rabb-nya laksana orang yang hidup dengan orang
yang mati.” (HR. Bukhari).
Sesungguhnya Ingat Allah (Dzikrullah) adalah lebih besar
(keutamaannya) dari ibadah-ibadah yang lain. Al Ankabut (29):45.
Ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat (pula)
kepadamu. Al Baqarah (2):152.
“Orang-orang yang
beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan MENGINGATI ALLAH. Ingatlah,
hanya dengan MENGINGATI ALLAH-lah hati menjadi tenteram”. Ra’d (13): 28
Menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu MENGINGATI
ALLAH. Az Zumar (39):23.
INGATLAH Allah
banyak-banyak supaya kamu beruntung. Al Jumu’ah (62):10.
Lelaki dan perempuan yang banyak MENGINGATI ALLAH, Allah
telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar. Al Ahzab (33):35.
Maka apabila kamu telah menyelesaikan shalat,
INGATLAH ALLAH di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring. An
Nisa’ (4):103
Lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak
(pula) oleh jual beli daripada MENGINGATI ALLAH. An Nur (24):37.
INGATLAH Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung. Al
Jumu’ah (62):10.
Dan ingatlah kepada Allah diwaktu petang dan pagi (Q.S
Ar-Ruum (30) : 17)
Dan Ingatlah nama Tuhanmu pada pagi dan petang. (Q.S
Al-Insaan (76) : 25)
Tuesday, May 26, 2020
Friday, May 22, 2020
solat itu wajib ?
Solat
itu tidak wajib bagi mereka yang tidak mengenal Allah
Sebab?tunggang tongek kumat kamit tapi tak tau apa di
buat.
Idak ke itu menipu diri sendiri? Lagi nak tipu Tuhan..
pigi dahhh
Lantas, berkelakuan macam orang mabuk minum todi di
depan Tuhan, idak kah itu satu penghinaan terhadap diri sendiri n juga Tuhan? Solat
konon. Tapi fikiran melayang ke lain, hati langsung tak perhati. Idakkah itu
syirik namanya?
Katakanlah,”Sesungguhnya aku hanya menyembah Tuhanku dan
aku tidak mempersekutukan sesuatu dengan-Nya.” Al Jin (72):20.
Maka, apa yang perlu adalah mengenal Allah dulu
Sebab? Awal agama itu mengenal Allah
Rasulullah juga mengenalkan sahabat @ pengikut beliau
kepada Allah dulu, @ rukun iman. Bila mana sudah mantap pengenalan n keyakinan
mereka, barulah mudah melakukan apa jua ibadah dengan penuh khusyuk
Ye, memang benar pada ketika rasulullah menyampai islam
kepada sahabat, belum lagi turun perintah solat, tapi tidakkah nampak kat situ
permainan Allah untuk memantapkan keyakinan golongan beriman @ pengikut
rasulullah?
Sekiranya dimasukkan eleman feqah @ syariat, bermain
dengan dosa n pahala, pasti kita akan berkata semua yang mengaku beragama islam
solat itu wajib dilaksanakan, tetapi solat yg bagaimana? Solat ikut-ikutan?
Tidakkah solat ikut-ikutan, khususnya orang melayu di Malaysia
ini, bersandarkan pada dosa pahala syurga neraka? Apakah mereka pengamal solat
begini tidak Nampak betapa mereka tidak jujur @ ikhlas melaksanakan solat
mereka? Udahlah tak faham apa diucapkan dalam solat, malah meminta upah pahala
lagi. Adusss langsung tiada perasaan malu
Udah diberi hidup ini dari pagi sampai ke dinihari
setiap hari tanpa @ dengan hanya sedikit kesyukuran, lagi diminta upah atas
segala amal ibadat yang tidak seberapa rupa dan kualitas nya? Tak malu ke?
Kalau seorang itu sudah n telah mengenal Allah, (walaupun
kita mengenal Allah sekadar yang Dia izinkan kita) nescaya tiada dia akan
mengambil kerja malaikat mencari kesalahan orang lain, tiada dia mengambil
kerja Tuhan menjatuhkan hukum ke atas orang lain.
Sehari-hari hanya menilik diri agar mendapat redha ilahi
Sehari-hari beramal soleh n beribadat penuh kesyukuran
dan terimakasih kepada Tuhan yang memberi tanpa henti-henti
Bila sampai waktu solat, rohnya akan memberi segala
konsentrasi seumpama berkata-kata dengan kekasih hati, maka timbullah khusyuk @ syuk
Terbitlah syurga @ syurrrrrrr
Bila mana hamba mengenal Tuhan, tiadalah lagi halangan,
n pada ketika itu, solat bukan lagi wajib, malahan, solat adalah kemestian n
kerinduan n kelazatan.
Maka ‘wajib’lah solat ketika itu wallahua’lam
Katakanlah: “Sesungguhnya aku hanya diperintah untuk
menyembah Allah dan tidak mempersekutukan sesuatu pun dengan Dia. Hanya
kepada-Nya aku seru dan hanya kepada-Nya aku kembali.” Ar Rad (13):36
Barulah lillahi
Siapa yang kata? Guala!!
-kutugila-

