Monday, June 17, 2019

cite raya


Dua hari sebelum raya, seperti lazimnya, gua balik pj. Sempat la solat terawih sekali, sahur sekali dan berbuka puasa dua kali kt rumah pj dgn bak n al..
kitorang n bak

Takde apa yang special sgt raya sebab mak dah takde rasanya. Biasanya mak la yang paling sibuk kalau malam raya nak isi kueh dalam balang la, tukar langsir la, tukar sarung kusyen, dan tukar carpet. Biasanya sebab gua dan family yang selalu je ada kt rumah pj malam raya, kitorang la rescue dan layankan mak. Tahun ni, pagi raya, macam biasa Lau datang dan membawa sepeti buah lai. Tengahari sikit abang n family pulak datang. Kamal n thoriq pun ada jugak. Kiranya meriah la jugak. Pastu ellis n kak lin pun tiba.
Petang pas zohor, gua bawak kain baju yang dh pakai ke dobi. Bawak la kitab satu untuk membaca sambil menunggu kain dibasuh. Sudahnya gua berkenalan dgn seorang budak india ni, sanjieev rasanya nama dia. Lepak kt laundry berbual n terus pegi kedai india kt SS5 pekena paper thosai. Layan..
dataran lee, mana lg..

Balik tu, Sali n anak2 seme ada kt rumah. Kiranya meriah terus sampai ke petang. Malam tu sebab dah janji dengan family, layankan diorang pegi cruising ke kl. Singgah dataran merdeka, amik gambo kt masjid jame’ n lalu je kt klcc sebab orang punya la ramai dan nia pun dh tido
keletihan.
gaby, nia, angie
masjid jame' tuuuu


Esuknya lepak je kt rumah dgn bak n al, pastu pas zohor n lunch, kitorang pun balik la lekio. Tapi sebelum tu pegi ziarah kubur mak kt shah alam dulu. Pkl 330 gerak dari shah alam line clear je. Bila sampai bukit beruntung, peeehhhhh!, kenderaan bersusun terus sampai sungkai. Adoyai! Hari pulak hujan, siap nak terkencing lagi tapi tahan je la sampai la bayo tol kt sungkai baru singgah toilet. All in all, 4jam steng jugak la gua driving hari tu. The longest time ever from pj to lekio. Hahaa layan.. 
happy family

Jumaat, dh janji dgn kak minah, terus ke bagan dato’. Dh dua tahun tak datang. Macam biasa, makan kt rumah kak minah tak pernah tak menyelerakan. Sudahnya, petang pukul enam jugak la baru nyampai blk rumah. 
klcc hari raya 

Sabtu pulak layan ipoh rumah abg mi n midi. Sedap nasi minyak dgn kari kambing kak nor masak. Mee kari kt rumah midi pun boleh tahan, tapi lopis memang terbaek! Siap tapau lahi haha dah pukul 5 ptg baru la balik.

Ahad pagi kaklong dh balik sg buloh sbb isnin ada kelas. Gua pun dok bawak bertenang je. Isnin hantar lisa n arief balik asrama. Selasa skool as usual dh. Punya la malas nk ngajo. Mood raya tak habis lg gamaknya, tapi sebenonya penat, beb..

Raya ni empat orang dh sahabat n kenalan gua meninggal. Raya ketiga, ku, meninggal. Esuknya raya keempat zul penang, junior kt skola seaport pulak meninggal. Hari kelima, zailani, geng navy kt stadium meninggal. Semalam, pak dut, yg dok kt kg jelutong, pun dh meninggal. Maknanya tak lama dah tuuu, kn 
ku

Hari ni klu ikut tarikh dah 13 syawal, maknanya tahun hijiriah dah dua tahun mak takde. Kalau dikenang memang la sangat sedeh n rindu, kann, tapi layan je la
Semuga Allah memudahkan hidup n mati gua inshaAllah

Wednesday, May 15, 2019

Sorry


Sorry
When i secretly keep your pic in my phone gallery
When i write your name again n again in my diary
When i whisper ' i love u' silently
When i wanna tell about u to everybody
When i think of u in my prayer daily
Sorry when i want u so badly
So terribly
Sorry when i love u so affectionately

~nkc~

Saturday, May 11, 2019

Pulang

Teman2 aku hilang
Seorang seorang
Kerna hari semakin petang
Nanti senjakala
Aku juga pulang
Bila hayat melayang
Kembali pd tuhan

nkc

Wednesday, May 8, 2019

Cukup


Friday, April 26, 2019

cerita ceriti


Macam2 yg terjadi beberapa bulan yang telah berlalu ni, tinggal lagi xdan @ malas nk update kt blog dh. Gamaknya dh tua, dan kalau dikenang, lebih sepuluh tahun dh melayan blog ni dan dh ada hampir 2000 postings, beb.. banyak tu, knnnnn hahahaa


Pagi tadi gua n missus pegi mrsm parit utk hari anugerah cemerlang sbb Lisa dapat anugerah exam icgse dia yg tahun lepas tuu. Alhamdulillah.hopefully she can perform as well as her igcse, if not better, for her spm later this year inshaAllah
Lisa + igcse
Last week dengan rasminya berakhir dh keje2 sukan gua utk tahun ni. Bayangkan dari januari lg sampai la ke minggu lepas tanpa gagal gua mesti ada kt padang tiap2 minggu, klu pun idak tiap2 hari. Masa kt sekolah januari n februari tu selaku s/u sukan, gua melayan mini marathon, sukantara, acara pra kejohanan dan temasya sukan sekolah. Jenuh buat padang siapkan gelanggang. Penat badan penat minda gua cakap lu..
nkc flying again!!
swiss of d east
Habis je sukan skola, terus gua latih budak bola pulak awal mac. Mujur la celah2 tu cuti, gua n missus pun pegi berjalan ke Kashmir. Layan beb! Kashmir memang canteek: tempat dia, orang2 kt situ lawa2 mcm org turki, makan pun okey je, tinggal lg banyak jugak ketinggalan tempat ni sebab Kashmir ni kan kawasan bergolak, menjadi rebutan antara india n Pakistan. Tapi gulmarg n sonamarg memang terbaek!! Memang swiss of d east gua cakap lu. Oh kitorang sempat jugak pegi delhi n agra, pergi taj mahal dan lain2.. kiranya x pus jugak la jalan kt india hari tu hahaa

Balik cuti tu terus je sambung train bola. Tiap2 petang tanpa gagal.. ada sepetang tu, blk training sambil layan pokok2 kt rumah, ada sepokok tu kt pangkal penuh anai2, terus gua siram racun anai2 lee tp gua terhidu racun anai2, menyebabkan gua loya n sakit badan n cirit birit selama seminggu, tapi training bola tetap dilayankan jugak! Penat jangan cite laaa. Minggu berakhir je tournament bola weekend lepas,, gua tido secukup2nya hahaa
campeone!!
Mujur la bawah 15 champion walaupun bawah 18 kalah suku akhir. Kira berbaloi la training panas2 n sebulan dok kt padang, knnnn Alhamdulillah

oh, minggu lepas jugak ramai anak2 balik: iliya, arief n abil + nia ada kt rumah. cuma lisa je x balik, tp lisa balik hari ni, kn, cuti weekend. kiranya meriah la jugak kt rmh..

Ni nk nyambut puasa baru la bawak bertenang. inshaAllah minggu depan balik pj jumpa bak n siblings, pastu kita puas2 la mengEsakan Nya, tauuuu!
Ttfn!


Wednesday, April 24, 2019

Until forever

Though it's never mentioned
It has never been forgotten
Like a faded photograph
That tells a story
Of love n memory
Dearly dearly
It Remains
Until forever

~ ñkç ~

 

Bali Accommodation