Monday, April 5, 2010

tiada sehelai daun pun yang gugur..


salam.
“…tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya…”
(surah al an-am:59)

-yang mengenal dirinya, mengenal Tuhannya-

Sunday, April 4, 2010

berderau darah pakcik!

salam.

tadi pas makan, solat, dan macam2 lagi la, gua pun pegi buang sampah kt bt 8. tak la jauh mana, sebatu kot, sebab gua dok bt 7. hari baru berhenti hujan, dan nampak macam nak hujan lagi..
jalan nak ke sana gelap, sebab jalan kampung, kan. lalu kt kebun sawit, celah2 kampung, masuk jalan besar, baru la sampai.. memang tak nampak apa, harapkan lampu moto kapcai ni je, dengan petir yang sesekali menyabung.
masa nak balik lalu jalan yg sama, masa tu kt kebun sawit kg jelutong, jalan straight je, tiba2 nampak ada benda nak melintas, lebih kurang 10 meter kot depan gua. ingatkan kucing, tapi bila dah dekat, landak! landak tu dengan ceren je melintas masa gua dh dekat, siap slow masa depan gua, dengan duri dia yang meremang. 'berderau darah pakcik!' spontan je keluar dari mulut gua. peh! memang berderau pun. seriau. jantung terus berdegup kencang.. masa tu brake emergency, gua cakap lu. mujur bebeno la tak langgar..
orang cite landak kalau nampak cahaya dia mesti datang dekat. tu la gamaknya landak tu terpa semacam je. peh! berderau, beb! berderau..






tapi ni dh ok la. : ]

kawan n sahabat

salam.

dalam sahabat ada kawan,
tapi dalam kawan belum tentu ada sahabat..

limau kasturi 1989

Saturday, April 3, 2010

luv is 4ever..


sacred
love
is
forever..

berapa banyak teh tarik, daa!

salam.

pagi tadi masa pegi pekan sabtu beli lauk dan apa2 yang patut, pekena canai n teh tarik.

pukul 9, pegi ipoh jumpa mekanik, nk servis kete orang rumah. sementara nak tunggu, pekena thosai n teh tarik pulak.

dekat pukul 3, baru siap kete tu. ingat nak balik rumah, tapi petang lepas asar team bola u-15 ada friendly, terus pegi ke sekolah. masa sampai kt lumut, jam baru 4steng, maknanya awal lagi la. perut pun lapar. pekena capati n teh tarik pulak..

elok2 je habis game, hujan pun turun. lebat jugak. cats n dogs, bak kata orang putih. dengan petir sabung menyabung. terus drive balik rumah. on the way, ramai la drebar2 yang tongong2. hari hujan satu cite, ni siap bawak lembab giler, pastu dok sebelah kanan pulak. adoyai! tau la hari hujan, tapi jangan la slow bebeno. mujur gua adalah golongan sabirun, ehem, ehem..

dekat maghrib, sampai la rumah dengan selamatnya. alhamdulillah.

dikenang2kan sekarang, berapa banyak teh tarik sudah minum hari ni, daa!

hmm, nk kena jogging pas subuh esuk ni.. : )
insyaAllah.

Friday, April 2, 2010

rahsia cinta ibnu arabi

apalah dunia & seisinya tatkala rindu hanya untukNya yang satu
apalah dunia & seisinya tatkala kasih hanya untukNya yang satu
apalah dunia & seisinya tatkala cinta hanya untukNya yang satu
apalah dunia & seisinya tatkala rohani hanya untukNya yang satu
apalah dunia & seisinya tatkala aku hanya untukNya yang satu

yusuf fansuri 11.11pm 6.2.07

Thursday, April 1, 2010

syuk n syur

salam.

yang dikatakan khusyuk adalah bila mana kita berasa syuk dalam melakukan sesuatu. pernahkah rasa seronok, teruja semasa melakukan sesuatu? itulah yang dikatakan syuk, umpamanya.. hakikatnya, orang yang khusyuk saja yang tahu nilai sebenar syuk.

begitu juga dengan syurga. bila hasil sesuatu perancangan itu memberikan kegembiraan yang tak terkata, itu sebenarnya adalah syur. perasaan syur. umpama syurga. tak terkata, tak terbayang indahnya. tak begitu syurga? siapa yang dapat menceritakan keindahan yang tak terperi?


gua punya fikir la..
walaupun sebenarnya Dia.
kan, kan?

selamat berjumaat.
 

Bali Accommodation