Sunday, February 7, 2010

hanya engkau aku ada

hanya
engkau
aku ada

tika begini
sunyi
jatuh
cahaya bulan
di laut gelora
nun jauh
pulau diam
dibalut malam
hanya
engkau
aku ada
rusuh
kutidurkan
dengan hembusan
bayu dini
harap
engkau mengerti
sejengkal dekat
pada mati

hanya
engkau
aku ada
yusuf fansuri 7 dis 2009

membebel jap..

salam.
hari dh larut tapi gua belum lena lagi.. ada keje sikit tadi, tp skrg ni tengah follow game man u lawan portsmouth kt matchtracker via internet je.. astro takde, beb! orang miskin, nk buat mcm mana, kan.. lagipun kalau ada astro , tak terlayan lara n maksiat tak berkesudahan. skrg ni gua dgn takde astro pun dh keracunan tahap tinggi, beb.. anyway, man u is leading 5-0. jangan marah, ha! later i tell u the fulltime result, k.. ada lg 10 minit, klu tak silap.
semalam kt sekolah ada mini marathon. x la jauh mana, 6 km je. gua, walaupun dh tua ni, (uhuk! uhuk!), join lumba dengan kumpulan lelaki A, budak2 form 3, 4 n 5. sebelum ni, minggu lepas semasa perhimpunan pagi gua dh sound budak2 tu, terutama budak2 yg berangan nak wakil sekolah main bola nanti, sape tak leh potong gua masa lumba lari nanti, otomatik gua drop drpd team. kira2nya tercabar la 'hero2' kt sekolah tu.. jadi pagi semalam berentap la gua dengan budak2 ni. mula2 lg, gua dh berada dlm leading pack.. bila dh lari lbh krg 3km, gua berada di tempat ke 4. pastu gua potong sorang, terus naik ranking no 3.
tinggal lagi 2 km gua rasa penat giler, beb.. maklum la training pun lbh krg je, sekali seminggu lari 3 km, nafas habis lubang, gua cakap lu.. mula2 nafas kot hidung je, pastu dengan mulut sekali hu ha, hu ha dok tarik nafas.. tua, beb! klu diikutkan hati, mau je berhenti lari masa tu.. tapi tak rugged la, kan.. jd, gua pun kontrol jiwa sambung lari, dan akhirnya sampai la kt garisan penamat dengan masa 27m 45s. ranking no 5. peh! letih giler rasa masa tu.. nafas jgn cite la, dengan lubang pusat pun bernafas jugak gamaknya klu boleh.. tapi pas2 tu keadaan back to normal, letih kejap je.. layan....
pagi sabtu tadi, gua g sekolah. nak kemas stor pj. gua penyelaras stor pj, jd awal tahun kena la g check stock n kemas apa tyg patut..tak la penat mana ngemas ni, cuma cerewet sebab nk kira stok.. sabo je la..
gua keje cikgu, lu tau.. tapi apa yg lu tau ttg keje cikgu ni? selain dari jd penyelaras stor sukan, gua juga penyelaras papan maklumat, penasihat kelab bolasepak, jurulatih pasukan bolasepak sekolah, guru penasihat persatuan bhs inggeris, guru penasihat english radio, guru penasihat rumah sukan, guru disiplin n ketua pantia pjk. gua ingatkan gua keje cikgu ni ngaja bhs inggeris je tp rupa2nya, tu dia!, berapa banyak cekadak, da! tapi semua itu mengajar gua erti tanggungjawab dan amanah, disiplin diri dan mengutamakan yg banyak lebih dr diri sendiri..
secara jujur la cite, gua seronok jd cikgu ni, sebab gua bermain, berinteraksi, berseronok, belajar n mengajar, dengan manusia yg pelbagai ragam, yg mempunyai jiwa yg beraneka, yg mempunyai nilai2 individualiti, dan yg telah banyak mengajar gua erti kehidupan.. part yg gua suka sekali ngaja ni ialah time gua nyakat budak2.. hari2 mesti gua nyakat punya, gua ckp lu.. kalau dengar cite mak gua dulu, dia mesti cakap yg gua ni asalnya tak nak jd cikgu, lebih kepada terpaksa je.. tapi rupa2nya, terlalu banyak keindahan yg Tuhan sediakan untuk gua. terlalu banyak yg Dia tunjukkan pd gua, n akhirnya la ni jiwa gua sentiasa berahi akan Dia n selalu terkenang je...
lain kali je la gua sambung lagi, k. larut bebeno dh ni. bak kata orang putih, we are already in the wee hour.
before i pen-off, man u won 5-0 je. saje la bgtau.. chelsea, arsenal, liverpool, man city fans, jgn marah, ha!
selamat!

Saturday, February 6, 2010

Mencari Allah..

salam.

siapa yang benar-benar mengenal Allah maka pasti dapat melihatNya dalam tiap-tiap sesuatu.

dan siapa yang fana dengan Allah pasti dia lupa akan segala sesuatu.

dan siapa yang mencintai Allah tidak akan mengutamakan yang lainnya.

sesungguhnya yang menghijab kamu daripada melihat Allah itu kerana dekatnya Allah padamu.

sesungguhnya terhijabnya Allah dari penglihatan kamu kerana sangat terangnya, dan samar dari penglihatan itu kerana besar sirna nurNya.

janganlah kita tergelincir oleh kebodohan kita sendiri mencari sesuatu hakikat selain dariNya.

wallahualam.

Thursday, February 4, 2010

pesan habibullah..

salam.

Dari Abu Hurairah, beliau menyatakan bahawa Rasulullah saw bersabda:
Tiadalah Allah melihat akan rupa kamu dan harta benda kamu tetapi Allah melihat apa yang ada di dalam hati kamu dan perbuatan kamu. (sahih Muslim)

teka teki imam ghazali

salam.

Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:
PERTAMANYA beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185

KEDUANYA beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.

KETIGANYA beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahannam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179

KEEMPAT beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu murudnya menjawab :" Besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.

KELIMA beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.
KEENAM beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab :' Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.

wallahualam.

Wednesday, February 3, 2010

sementara menunggu (menjadi makanan cacing)

kelahi-kelahi
rebut itu ini
sengaja tidak
mahu ingat
sementara cuma
di sini

abdullahjones 3feb'10

loneliness..

salam.

loneliness is better than bad company.
Syekh Abdul Qadir Al-Jalani

taken from hajarulhamraa
 

Bali Accommodation