Monday, March 16, 2009

Saturday, February 21, 2009







hari-hari yang kita lalu umpama mengharung padang hijau tiada
berkasut
pabila terpijak rumput renik umpama baldu hati gembira mau
berlari mengejar mimpi
takala terpijak duri sembilu ibarat pisau menghiris hati meraung
kesusahan
dialas kaki ini ibarat hilang pula deria jiwa
.......mari kita terus berlari lagi di padang hijau pemberian tuhan
Posted by mamat khalid -tempurungpecah-

Saturday, March 7, 2009

kitab hikam tok pulau manis -3

dan (qawi[1]) dan (qadiir[2]) dan (‘aziiz[3]) dan (kamalat[4]) maka fana’lah ia daripada tiap-tiap barang yang lain daripadanya.
(Dan inilah) bagi orang yang melihat akan kamalat qudrah Tuhannya kerana bahawasanya barangsiapa tiada melihat akan kamalat qudrah Tuhannya dalam ma’rifah, maka gugurlah ia daripada keadaan yang sempurna. Maka apabila engkau lihat akan kamalat qudrat Tuhanmu maka fana’lah engkau daripada tiap-tiap barang yang lain daripadaNya dan hendaklah engkau ketahui kehendakNya daripadamu dalam tiap-tiap hal[5] dan maqal[6] dan maqam. (Dan inilah) kesudah-sudahan adab[7] kerana bahawa sanya yang dikehendaki Haq Ta’ala itu, bahawa ada IA, tiada engkau. Maka adalah engkau gugurlah ikhtiar dan putuslah daripada iradah[8] pada tiap-tiap barang yang didirikan akan dikau dalamnya daripada tajrid[9] dan segala sebab.

notakaki:
[1] Bererti Maha Kuat – lawan bagi perkataan ‘dhoif’
[2] Bererti Yang Maha Kuasa – lawan bagi perkataan ‘lemah’ atau ‘ajuz’
[3] Bererti Yang Maha Mulia – lawan bagi perkataan ‘hina’ atau ‘haqir’
[4] Bererti segala kesempurnaan – lawan bagi perkataan ‘kurang’ atau ‘naqais’ (segala kekurangan)
[5] Keadaan
[6] Perkataan, penuturan, pengucapan dan bahasa isyarat
[7] Adab al-Haq itu adalah adab yang paling tinggi sekali martabatnya, tetapi dia tidak boleh berdiri dengan sendirinya tanpa adab syariat dan adab khidmat kerana kesemuanya merupakan serumpun yang tidak boleh dipisah-pisahkan.
[8] Kehendak atau kemahuan
[9] Pada bahasa ertinya tanggal. Pada istilah tasauf tajrid ialah mengasingkan diri dengan tujuan untuk bersunyi-sunyi dengan Allah Ta’ala dan menumpukan hati sepenuh-penuhnya kepada Allah, mengasingkan diri untuk beribadar semata-mata, sebagai lawan daripada as-sabab yaitu mengusahakan penghidupan atau mencari nafqah. Menurut Sheikh Ibn ‘Ajibah, tajrid disisi ahli sufi ada tiga jenis iaitu:
a) Tajrid dzahir
b) Tajrid bathin
c) Tajrid dzahir dan bathin
Sila rujuk kitab Iqazul Himam dan al-Futuhatul Ilahiyyah oleh Sheikh ibn ‘Ajibah untuk keterangan lanjut.

Sunday, March 1, 2009

birthday..

salam.
just got back from my parents place in pj. today's bak's birthday. he's 80, beb! not as strong as before, but his mind is still alert and very much alive with the happenings around him.
Allah has given bak a long and wonderful life, albeit some incidents yang agak menyedihkan dalam hidupnya. but he has taken everything in his stride..
meriah jugak beb, bila balik dan berkumpul ramai-ramai. all my siblings were there, all seven of us, plus nephews, nieces, and cucu-cucu sedara. it was a pot luck session, although the earlier plan was to have a bbq. xpe la, next time pulak kot..
last week was mak's birthday. she's 75. mak is still ok. makan terlalu lalu, : - ) , segalanya membuka seleranya, tu yg boleh tahan 'berisi' badannya, hanya sakit lutut tak leh nak buat apa dah kot.. kena dengan berat badan yg terlebih dan exercise yg kurang, dont think the ache in her knee will ever disappear. one thing that is rather worrying about mak is that since a couple of years ago, she finds it hard to fall asleep at nite. sometimes it lasts until dawn, barulah ngantuk. sabar je la mak. nak buat macam mana. zikrullah dan selawat je la byk2.

bak dan mak yang sangat ku cintai,
doa anakmu pasti meniti dibibir setiap hari,
apatah lagi di hati senantiasa mengingati,
semakin ku berusia, semakin ku menyedari,
tiada kasih sejati di dunia ini,
melainkan kasih bak dan mak yang tak pernah henti-henti....

maafkan anakmu yang terlalu,
menyakiti hatimu dalam segala sesuatu,
suatu tika dahulu, tika jiwa kacau,
tika jiwa nanar, tika jiwa lara,
tika jiwa gelora....

maaf zahir batin bak n mak.
Syair Dagang
Hai sekalian kita yang kurang
nafsumu itu lawan berperang
jangan hendak lebih baiklah kurang
janganlah sama dengan orang

Amati-amati membuang diri
menjadi dagang segenap diri
baik-baik engkau fikiri
supaya dapat emas sendiri

~Hamzah Fansuri
 

Bali Accommodation