Mesyuarat tergempar di Doha berakhir dengan mengutuk sekeras2nya tindakan Israel di atas serangan yang dilakukan baru2 ini. Itu saja yg mereka mampu lakukan padahal 54 ketua negara yg berkumpul melawan satu saja entiti Zionis.
Pelbagai retorik dinyatakn tetapi semuanya hambar, contohnya Israel tidak menghormati perjanjian n menyerang wakil perunding dr Hamas dll. Mana pernah Israel mengota kata2 mereka selama ini n secara perbadi, pandangan n kenyataan yg diberikan oleh para pembesar negara2 yg hadir seolah2 menunjukkn mereka ni naif atau berpura2 naif. Jika tiada tindakan fizikal diambil ke atas Israel dlm tempuh kurang dua minggu dr hari ini, mmg trnyatalah mereka yg hadir di Doha hanya pelakun sahaja. Atau lebih tepat lg munafiq.
Gaza yg diserang tanpa henti menghampiri dua tahun n hampir musnah keseluruhannya tiada satu pun pertemuan mahupun mesyuarat diadakn oleh negara Islam untuk mencari jalan penyelesaian. Bantuan pun hanya diberi secara sembunyi2. Tetapi Doha yg baru sekali dihentam dgn bom Israel terus menangis meminta simpati negara Islam n terus mengadakn perjumpaan tergempar yg hasilnya kosong.
Kalau beginilah hasilnya, pada siapa lagi kita letakkan harapan? Umum pun sedar negara2 Islam yg bersempadan dgn Palestin mempunyai kepentingan bersama dgn Israel. Mereka yg hadir di Doha hanyalah sebagai sandiwara sekiranya Israel tidak dikenakan apa2 tindakan dlm masa terdekat.
Benarlah kata2 Rasulullah akhir zaman nanti umat Islam mmg ramai tetapi hanya umpama buih di lautan saja.
Pada Allah saja kita berdoa n berserah harapan. Sesungguhnya semua ini dlm perancangan Dia yg kita tidak mampu mengerti pd ketika ini.
No comments:
Post a Comment