Tuesday, June 30, 2009

Ubat Hati..

Ubat hati ada lima perkara,
yang pertama baca al-Quran dan maknanya,
yang kedua solat malam dirikanlah,
yang ketiga berkumpullah dengan orang soleh,
yang keempat perbanyaklah puasa,
yang kelima zikir malam perbanyakkanlah.

adapted from the-riddle

zikrullah....

Dari Abu Hurayrah r.a., katanya: Bersabda Rasulullah Saw.: “Berfirman Allah Yang Maha Agung:
Aku berada dalam sangkaan hamba-Ku tentang Aku, dan Aku bersama-nya ketika ia menyebut Aku. Bila ia menyebut Aku dalam dirinya, Aku menyebut dia dalam Diri-Ku. Bila ia menyebut Aku dalam khalayak, Aku menyebut dia dalam khalayak yang lebih baik dari itu.
Bila ia mendekat kepada-Ku satu jengkal, Aku mendekat kepadanya satu hasta. Bila ia mendekat kepada-Ku satu hasta, Aku mendekat kepadanya satu depa. Bila ia datang kepada-Ku berjalan kaki, Aku datang kepadanya berlari-lari.”


[HR Al-Bukhari, Muslim, Ibn Majah, At-Tirmidzi, Ibn Hanbal]

adapted from Beranda Suluk

D Riddle

A cowboy rides into town on Friday. He stays there for three days and leaves on Friday.
how is this possible?

racun & penawar


dunia itu racun, zuhud penawarnya.

harta itu racun, zakat penawarnya.

kata sia-sia itu racun, zikir penawarnya.

seluruh umur itu racun, taat ubatnya.

seluruh tahun itu racun, ramadhan penawarnya.



Saturday, June 27, 2009

iyekan je....


salam.

hari ni sekolah, beb. letih! tapi layankan je. pas ni nk kena pegi pecah batu pulak sebab ada camping budak2 sekolah ni.. tak pegi, apa pulak kata kaum kat sana nanti. kecik hati diorang. memang la tak wajib tapi rasanya tak baik jugak menghampakan orang. ke, mcm mana?

ni dah asar, pas solat nak cargas dh..

dgr cite depa prepare bubur durian petang ni. boleh la pekena semangkok dua. pastu malam kang depa nak buat b-b-bq pulak. dengar cite nak digolekkan kambing. mesti meraung la kena kambing bakar.. dah makan boleh mandi kt sungai. peh! mesti best punya lah!

dari rumah nak ke sana lbh krg sejam. tgh mlm baru boleh balik. kira ok la sebab depa seme kena tido sana.. ye la, dh depa yg nak, kan.

ok la, got to go. Layan....


tiada yang nyata melainkan Allah dan Muhammad itulah penyata Allah

Thursday, June 25, 2009

kata jiwa....

salam.
thought i wanted to post something new tonight eventhough it may be taken from another blog or site. but it seems rather impossible. why? you may ask. well, everything i copied couldnt be pasted. sabar je la..

thinking
of You
every moment
though
poison of worldly affairs
tries
to
filter
You away
from
my thought..
longing
seeking
the truth
deep down
in
the heart core
i am sure
the day
the time
the moment
will appear..
night
almost midnite
sleep
changes
to dream
but
for the believers
earnest
in the seek
of
enlightenment
night
is
the situation
ideal
to be
with the One
in
the
darkness
loneliness
nothingness
of
oneness..
nkchai 12.02 am 26 juni '09

Tuesday, June 23, 2009

- NK -

"Jasad ini ibarat kuda tunggangan
dan ruh itu ibarat penunggangnya.
Jasad itu dijadikan untuk ruh,
dan ruh itu untuk jasad. "

dipetik dari Firuz Fansuri-ibnu abas (minta izin, ha!)
salam.
dah lama nak cite tentang nama gua, yakni NK, yelah, dh lama beno gua pakai sejak dari tahun '86 lg rasanya.. bila dh masuk tahun '90an brulah tambah chai sebab nk bg sedap bunyinya. nkchai, sedap, kan?

yang nk dicitekan kt sini adalah peristiwa2 di mana kaum ramai yg ada bertanya dulu2, " 'nk' tu apa maksudnya?" maka gua pun cakap, " 'nk' maksudnya naik kuda. yg nampak ni kudanya, dan yang berkata2, melihat, mendengar, berkehendak, berkuasa, memikir, dan hidup ni adalah penunggang yg naik kuda. amacam, ada erti, beb?"

apapun, 'nk' adalah nazri khan, kalau ikut mak dan bak gua la..

saje la cite kt lu orang. layan....

Soalan kuiz hari ni!
penunggang bawak kuda atau kuda bawak penunggang? ha!
hadiah utama 3 buntil kacang kuda taiping mari tajaan jabit jekles. : )

Monday, June 22, 2009

Zikrullah



salam.

jangan meninggalkan zikir kerana engkau belum selalu ingat pada Allah di waktu berzikir, sebab kelalaian mu terhadap Allah ketika tidak berzikir adalah lebih berbahaya daripada kelalaian mu ketika kamu berzikir.

semuga Allah menaikkan darjat mu daripada zikir dengan kelalaian kepada zikir yang disertai ingat terhadap Allah, kemudian naik pula dari zikir dengan ingat kepada zikir dengan rasa hadir, dan dari zikir dengan rasa hadir kepada zikir yang hingga lupa terhadap segala sesuatu selain Allah. Dan yang demikian itu bagi Allah tidak sukar.

terjemah Al-Hikam

Saturday, June 20, 2009

What Am I?

What is to be done, O 'Moslems'? For I do not recognize myself.
I, neither Christian, nor Jew, nor Parsi, nor Moslem;
I am not of the East, nor of the West, nor of the land, nor of the sea;
I am not of earth, nor of water, nor of air, nor of fire;
I am not of the spheres, nor of the dust, nor of existence, nor of entity.
I am not of India, nor of China, nor of Bulgaria, nor of Arabia;
I am not of this world, nor of the next, nor of Paradise, nor of Hell;
I am not of Adam, nor of Eve, nor of Eden and Gardens.
My place, is The Placeless.
My trace, is The Traceless.
This neither body nor soul.
For I belong to the soul of the Beloved.

cinta bagai anggur....

"Selama engkau tidak menceraikan dunia dan segala sifat keduniawiannya, kau tidak akan pernah mengenal Tuhan. Pada persoalan ini, kau harus memahaminya dengan sangat berhati-hati! Nabi Isa a.s. adalah Nabi yang menjadi contoh pelepasan diri dari dunia material secara sempurna. Di sisi lain, kau juga mengenal seorang nabi besar lain, Raja Sulaiman a.s. Beliau adalah manusia yang paling kaya dari yang terkaya, juga yang paling berkuasa.
Intinya adalah menceraikan dunia dengan qalb. Kemiskinan materi bukanlah inti persoalannya."

petikan daripada ;
“Cinta Bagai Anggur: Tuangan Hikmah Dari Seorang Guru Sufi di Amerika.”
karya: Syaikh Muzaffer Ozak

Friday, June 19, 2009

semalam di limau....

akhirnya, sampai jugak kt limau.... (8 jun 09)
tempat yg gua tinggal selama lima tahun, (89-94)
dan masih lagi dikunjungi saban tahun..
sungai galas yg tak jemu-jemu mengajak
gua datang menyusuri ke ulu kelantan..

initial gua, 'nk' (1989) , masih tertera
pada bingkai di dinding verandah rumah sekolah..

keretapi, sumber & nadi hidup penduduk kampung suatu ketika dulu..


tanah tinggi lojing, masa on the way balik..


lebuhraya simpang pulai-gua musang..


moto gue..



gua la!

Monday, June 15, 2009

monday blues..

school reopens..
when i thought that i was starting to enjoy the holiday,
it's over.

hari-hari pegi kedai..

....dan beli dan beli dan beli.
....dan pakai dan pakai dan pakai.
....dan habis dan habis dan habis.

Sunday, June 7, 2009

Happy 12th Birthday Iliya!


kak long 7 juni 97 - 7 juni -09

(on the same day, twelve years ago, slightly an hour earlier,
my father in-law passed away, in the same hospital. saje la bgtau!)

ke laut tuu!

salam.
akhirnya, setelah 12 tahun tinggal kt lekio ni, yg dok kt tepi laut, gua pun turun ke laut.
sebaik saja al n anak2 buah gua blk kl, gua pun melunjur jap, n terus lena2 ayam. letih beb! pagi td dh bwk diorg mandi laut. ramai orang pulak tu pagi ni. yelah, nk buat mcmmana, cuti sekolah, weekend pulak tu, sesampai je gua n family kt tepi laut, dh ada beratus orang. ramai jugak yg overnite camping kt situ.. biasanya klu gua turun sini dgn fmly, kiranya parking lot clear lagi, dan laut n pantai kitorg yg punya, gua ckp lu.. tapi kira td tu ok la jgk. wave pun boleh tahan..
sambung blk cite..
tgh bagus punya lena, kaum gua si pek-oi cal. ajak ke laut. terus bingkas bangun gua. cargas time! mmg hari tu lagi bila tau si pek-oi ada sampan sendiri, gua dh pesan kt dia klu nk ke laut, ajak la gua. sungai masa dok kt limau kasturi tu jgn cite la.. mmg happening dok kt sana. sungai galas kt ulu kelantan. memang thrill bila mudik ke hulu dlm keadaan hening, di naungi oleh dahan2 pohon yg merendang.. tapi kali ni gua nk turun laut pulak, beb. dr rumah nk ke tempat parking sampan adalah 3-4 minit naik kapcai. masa tu dh lepas asar, 5 steng lbh krg. sampan si pek-oi mcm sampan kt limau, tinggal lagi fibre n lebih lebar, n 15 horsepower.. kt limau sampan seme kayu, dan narrow, supaya senang meredah air bila mudik ke hulu.. dari tempat parking bot terus menghala ke laut. lalu kt kuala tu adalah 3 minit menyusuri tepi pokok2 bakau. dan kemudian depan gua, saujana mata memandang, laut selat melaka! memang suatu perasaan yg tak boleh dinyatakan dengan perkataan. sape yang makan mangga, taulah masam manisnya.. pek-oi pun navigate ke bawah pohon kt tepi kuala bt lapan, dan parking vessel. dia pun keluar pancing dan kitorg pun nyembang sambil kena sebal. pek-oi ckp alun ombak kuat jgk ptg td, gua angguk je la, mana gua tau sebenarnya. ye la, first time turun laut.. sambil gua usha keadaan sekeliling; yg nampak pulau sembilan, tanjung kepah, powerplant manjung; pek-oi ajak ke tengah lagi. jadi kitorg pun maju ke tengah. tak lah jauh mana dari kuala, sebatu dua je gitu2. tapi jauh jgk tu, beb.. kt situ memang kira dh standard tengah laut je gua rasa.. masa tu yang nampak hanya kebesaranNya saja-alunan ombak, laut yg luas, angin yg menerjah pipi, langit yg tiada hujungnya, suam matahari petang..
pek-oi try ngail lg. kena sebal lg.. tiba2 mengena pulak, dan mengena lagi matakail. dpt ikan gelama.. jam dh dekat 6steng. pek-oi nk ajak blk, tgk2 kail ngena lagi, tapi kali ni ikan makan umpan je. kata si pek-oi, ikan tu nyakat. biasa la org ke laut bila nk balik mmg mcm gitu.. tp kitorg terus blk, mengenangkan senja menghampiri.. balik tu layan si dania n nyembang kt org rmh ttg pengalaman baru td. tp seperti lu org, dia pun tak kan faham prasaan itu. sekadar tau je..
i look forward to the next trip. ke laut tuu!

Saturday, June 6, 2009

-Rasta Man-

one love, one heart,
let's get together,
and feel alright....

one love, one heart,
let's praise the Lord,
and we will feel alright....
bob marley

kedudukan kita di sisi Allah


salam.

bagaimana kita hendak mengetahui kedudukan kita di sisi Nya?

Anak-anak papa..


April 2009

Friday, June 5, 2009

Allah Hu



salam.

semuga barakah hari jumaat yang disediakanNya menaungi kita sekalian, insyaAllah.

Thursday, June 4, 2009

cuti sekolah, beb!

salam.

jumaat lepas, last day bebudak exam, hbs je sekolah, pack brg, dan terus balik rumah. cuti, beb! 2 minggu pulak tu. kira ok la. a well-deserved break, i should say so..

petang tu jugak balik rumah parents gua kt pj. pas asar pkl lima steng bergerak. ikut jalan tepi laut, tapi tak la tepi sangat, laut tak nampak pun.. isya selamat sampai di rumah bak n mak yang tercinta. ingat malam tu nak lepak dengan hakam sambil2 kena burger kambing dgn sebal ke, tapi ngantuk meracun diri, lalu keras la gua, dan mati kejap..

sabtu tu ingat nk ziarah kubur atuk dekat leng seng, tp cari tak jumpa. punya la samdol. takde rezeki hari tu gamaknya..

petang gua pg cherry boys 1st reunion somewhere dekat klia. bdr sri ehsan klu tak silap.
peh! nostalgia mencengkam jiwa. nanti la gua cite tentang reunion ni.. shahrul gemuk yang adjust, dan yang hadir ialah mye, cik sham, dollah, hamid, aziz, amat, dan gua n mashor. diorang ramai yg bwk fmly. kira mixed emotions jgk la jumpa seme-seme.. mak dollah pun ada, termasuk pak utih n mak utih. last skali jumpa diorg was in '93 klu tak silap.. tapi ramai lg yang takde; padet, kudut, mat, atan, hakam, daus, man gemuk, man boring, zaid n zul plata, mail, jim zimbabwe n ramai lagi la..

the next day, pas breakfast dgn bak n mak n my family (as usual la setiap kali balik), headed home. otw, tapau lunch kt mcd.. smpai rmh, dh asar. pas solat, layan pokok2 gua, pastu basuh kete siap2.

dok rmh sehari n on tuesday cargas bwk fmly pg bkt merah pulak.. meriah anak-anak. gua pun enjoy jugak. mandi kt water park. ptg sikit pg pulau org utan pulak. naik skylift. d nx day, pg ecopark pulak. kira ok la dgn harga ratus2 yg gua bayar. syukur la seme happy dgn outing ni. spent a nite there dan semalam balik sini..

so far, skrip periksa bebudak sklh baru dan tanda sikit je. td pun ada klas 2syen jgk, beb. cari makan..

sibuk memanjang cuti ni..

besuk ptg, abg gua, al, n anak2 ida, nk datang melepak semalam dua. nk layan jgk tu. kena la bwk mandi laut ahad ni. tapi takpe, sebab birthday iliya pun ahad ni, maknanya bawak seme org pg outing lagi la. celebrate birthday dgn mandi laut.. kira ok la tu.. maybe blikan iliya cho-co-la-te moist cake kot. budget nk bagi dia notebook yang terbiar tu. terbiar, tp blh pakai lg, beb. dh htr kt faizal pun suruh refurbish. hrp2 ok la..

makna kata, cuti kali ni happening je la dgn fmly setakat ni. quality time dgn diorang pulak. bukan selalu dapat mcm gini. yg penting tak lupa kt Dia. ke mcmn? layan....

silap2 hb, minggu depan, isnin pagi, nk pg limau kasturi pulak kot.. layan sungai pulak.. lu tau ke, kt mana limau kasturi? kt kelantan, da! maybe pg naik moto je. cruising sorang2 ikut simpang pulai-gua musang. layan tu..

layan. memang layan....

thy sea is so great,
and my boat is so small....
 

Bali Accommodation